MAY has a wonderful life. She has a loving husband, two healthy children and a cosy home. Her outlook is optimistic. When things get tough she reaches out to her husband and to her friends for support.
May is not afraid to say that she is having a bad day or the reason why. She doesn’t hold grudges and she tries to give others the benefit of the doubt. She doesn’t believe that one bad thing leads to another either.
May looks for the best in each situation and trusts that things always work out for the better. She is not afraid to roll up her sleeves and make things happen. Most importantly, May is grateful for the abundance in her life every day.
info harian
TO my mind, the idea that doing dishes is unpleasant can occur only when you aren’t doing them. Once you are standing in front of the sink with your sleeves rolled up and your hands in warm water, it really isn’t so bad.
I enjoy taking my time with each dish, being fully aware of the dish, the water, and each movement of my hands. I know that if I hurry in order to go and have a cup of tea, then the task will become unpleasant.
That would be a pity, for each minute, each second of life is a miracle. Each bowl I wash, each poem I compose, each time I ring a bell is a miracle, and each has exactly the same value.
The Detailed Environmental Impact Assessment Report of the proposed thermal treatment project in Cameron Highlands states that the proposed technology was tested using a pilot plant. This reveals that the proposed technology derives largely from a laboratory experiment and is unproven in large-scale, real-world situation.
2 juta blogger bukti media bebas
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat, semalam, bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat kerajaan.
KUANTAN: Tanpa menghiraukan nyawanya sendiri, seorang pemuda, Raja Saravana Kumar, 24, memberanikan diri memandu sejauh lebih 35 kilometer ke sebuah balai bomba bersama seekor ular tedung selar sepanjang 3.35 meter yang terperangkap pada bahagian bawah enjin kenderaannya.
Lelaki berkenaan berjaya sampai dengan selamat ke Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini bagi mendapatkan bantuan.
KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan seharusnya memanfaatkan Kempen Beli Barangan Malaysia untuk menghasilkan inovasi, meningkatkan produktiviti dan pengukuhan barangan supaya mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kempen itu bukan bertujuan melindungi industri tempatan sebaliknya menyedarkan bahawa terdapat produk pengusaha tempatan menembusi pasaran global, sekali gus membuktikan barangan buatan Malaysia mampu bersaing di persada dunia.
SKIM subsidi baru bagi produk petroleum masih dalam kajian dan akan diumumkan selepas mengambil kira pandangan rakyat secara keseluruhan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.
“Memang kami sedia maklum, semuanya begitu prihatin mengenai skim subsidi baru yang akan dilancarkan. “Sebenarnya, kementerian dan kerajaan sedang mengkaji secara terperinci untuk mengambil kira pandangan rakyat supaya pelaksanaannya menguntungkan rakyat secara keseluruhan dan tidak membawa reaksi negatif kepada rakyat sendiri,” katanya, menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai skim subsidi baru di persidangan Dewan Rakyat, di sini, semalam.
KUALA LUMPUR: “Keluhan kami berhubung masalah kenaikan harga ayam secara mendadak bukan kerana cerewet atau ‘besar kepala’ tapi kami mahu kementerian turun padang dan lihat sendiri masalah kami,” kata peniaga kedai makan, Halimah Mahmud, 42.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar ini berhubung isu kenaikan harga ayam mencecah RM7 sekilogram sempena musim cuti persekolahan bermula minggu lalu.
Katanya, pengguna terdiri pengusaha makanan dan restoran begitu merasai kesan kenaikan itu kerana mereka membeli bekalan ayam dalam kuantiti besar berbanding pengguna isi rumah.
AMPANG: Tidak bertanggungjawab! Itu ungkapan sesuai bagi individu yang tanpa segan silu membawa troli beli-belah milik sebuah pasar raya besar di sini, sehingga ke kawasan rumah mereka di sekitar bandar ini, tanpa memulangkannya semula.
TERBIAR...troli diletakkan di tepi jalan mengundang bahaya kepada pemandu.
Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan, mendapati beberapa troli diletakkan di tepi jalan raya berhampiran pasar raya berkenaan, malahan ada troli dibawa sehingga kawasan kondominium berdekatan dan kawasan perumahan di Pandan Jaya yang terletak kira-kira satu kilometer dari pasar raya itu.
Difahamkan, setiap pagi, pekerja akan meronda sekitar kawasan Pandan Jaya dan Desa Pandan dengan menaiki lori untuk memungut troli yang dibiarkan bersepah sehingga membahayakan pengguna jalan raya.
KOTA BAHARU: Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan merampas 827 pasang kasut dan selipar tiruan berjenama bernilai lebih RM24,000 daripada sebuah stor di Kampung Kubang Siput di sini, malam tadi.
Ketua Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Rosli Ahmad berkata, pihaknya berjaya mengesan stor berkenaan selepas melakukan intipan hasil maklumat orang pada kira-kira 7 malam.
JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencipta sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang mampu menghasilkan imej yang jelas dan tepat walaupun beroperasi dalam keadaan gelap.
Sistem yang dicipta oleh kumpulan penyelidikan fotogrametri dan pengimbasan laser, yang diketuai Profesor Dr Zulkepli Majid dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi mampu menjadi sistem pengawasan jenayah yang terbaik.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 47 peratus pekerja Malaysia menjangka kenaikan gaji antara 5.0 dan 10 peratus tahun ini walaupun ketika kegawatan kewangan, demikian menurut Laporan Kerja Dunia 2010 (WoWR).
Kaji selidik tahunan itu yang dilakukan Randstad, satu organisasi pengambilan pekerja dan perkhidmatan sumber manusia kedua terbesar di dunia, berkata harapan tinggi pekerja bagi mendapatkan pakej gaji dan ganjaran kewangan adalah cabaran yang dihadapi majikan.
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mencadangkan penubuhan blok pasaran serantau bersama Indonesia dan Thailand bagi mengawal harga getah global dan memastikan kestabilan pengeluarannya susulan peningkatan harga komoditi itu.
Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin, berkata Pasaran Getah Antarabangsa yang akan berpusat di Kuala Lumpur, akan menghimpunkan bersama tiga pengeluar getah utama dan Vietnam.
Jaga pemakanan si manja
![]() |
| RANGSANG semula pemakanan si kecil setelah sembuh dari demam. - Gambar hiasan |
BAGI menjamin kesihatan si kecil, makanan yang mencukupi dan berzat amat penting. Sekiranya 'buah hati' sering diserang penyakit, pasti selera makan juga akan terganggu.
Bagi merangsang selera mereka sehingga sembuh, perubahan cara pemakanan dan sumber zat makanan yang diberikan amat penting dan perlu diberi perhatian.
Demam
Kanak-kanak yang demam biasanya akan hilang selera untuk menikmati makanan pejal, selain itu tubuh mereka juga kehilangan air.
Kanak-kanak yang kekurangan air dalam tubuh biasanya tidak banyak mengeluarkan kencing dan warna air kencingnya juga berubah menjadi lebih pekat.
Panduan penjagaan bayi jaundis
BAYI jaundis perlu didedahkan kepada cahaya bililight sebagai rawatan. – Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR 17 Jun - Persidangan Antarabangsa terhadap Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2010 akan memberi penekanan terhadap tiga perkara utama iaitu transaksi elektronik, rasuah dan perdagangan manusia.
Wujud ekosistem pemangkin
pengarang@utusan.com.my
![]() |
| Najib Tun Razak disaksikan Ismail Sabri tertarik dengan kucing baka Parsi yang diberi makanan buatan Malaysia semasa melawat Ekspo Beli Barangan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/Ismail kamadin |
KUALA LUMPUR 17 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara cabaran besar kerajaan dalam merealisasikan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) ialah mewujudkan satu ekosistem pemangkin supaya sasaran pertumbuhan pelaburan sektor swasta sebanyak RM115 bilion setahun mampu dicapai.
Sambil mengakui perkara itu bukan mudah kerana nilai sasarannya amat besar, Perdana Menteri berkata, usaha untuk mencapai matlamat tersebut memerlukan pembabitan semua pihak.
"Hasrat kerajaan mewujudkan satu ekosistem yang boleh memangkin pelaburan swasta supaya mencapai sasaran RM115 bilion setahun merupakan satu usaha besar-besaran yang harus disusuli dengan tindakan.
"Justeru, beberapa perkara harus diberikan tumpuan supaya ekosistem yang kita mahukan ini terlaksana antaranya peluang pekerjaan, latihan serta keberkesanan pasaran," katanya.
KUALA LUMPUR 17 Jun - Pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia bukan bertujuan melindungi industri tempatan sebaliknya usaha untuk mengukuhkan jenama serta produk tempatan sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.
40,506 masuk IPTA sesi 2010/2011
PUTRAJAYA - Seramai 40,506 daripada 61,228 jumlah pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi, asasi dan setaraf ijazah pertama ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011.Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, daripada jumlah keseluruhan pemohonan iaitu 61,228, jumlah pemohon yang layak ialah 49,234 orang.
Kartel gula macam lanun - PPIM
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap ada segelintir kumpulan kartel di negara ini yang bersikap seperti lanun dengan menyalahgunakan subsidi.
Penasihat PPIM, Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, sikap sesetengah kumpulan kartel itu hanya akan membankrapkan negara pada masa depan.
Awas! - Maklumat peribadi anda mungkin disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentuPengguna pakar, poket tak terbakar!
Semasa berurusan di internet, kita pastinya diminta dengan pelbagai soalan mengenai maklumat peribadi seperti nombor akaun, kad pengenalan, alamat dan sebagainya. Pastikan kita mempunyai ilmu serta maklumat secukupnya berkenaan selok-belok perdagangan di internet (e-niaga) jika sekiranya kita ingin berurus niaga di..internet...Sebelum memulakan atau melakukan apa- apa..transaksi..atas talian maya, kita perlu mempercayai..laman web atau blog tersebut.
Satu cara mudah adalah dengan menggunakan kaedah carian nama laman web tersebut di Google atau Yahoo. Jika hasil carian anda menunjukkan banyak pengguna yang tidak berpuas hati dengan peniaga atas talian tersebut, mungkin anda perlu lebih berhati-hati.
Kad kredit merupakan instrument pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan pembayaran perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana pusat perdagangan tempatan atau antarabangasa dengan syarat pusat perdagangan tersebut mempamerkan cap dagang yang sama dengan kad kredit yang hendak digunakan.Pengeluar kad kredit akan membayar pedagang bagi pihak pembeli terlebih dahulu. Bill transaksi jualan kemudian akan diberikan kepada pembeli. Pengguna dikehendaki menjelaskan bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan menggenakan faedah ke atas amaun yang tertunggak sekiranya bayaran tidak dibuat pada tarikh tempoh tamat.
Penyakit Kanser merupakan penyakit kronik yang sukar diubati. Biasanya penghidap penyakit ini akan berasa putus asa dan berserah kepada takdir yang menentukan nasibnya.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penyakit yang boleh diwarisi secara genetik ini, sebenarnya boleh dicegah. Hasil daripada kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa faktor gaya hidup memainkan peranan penting menyebabkan penyakit ini dialami, berbanding dengan faktor keturunan.
Ubat-ubatan merupakan peralatan yang penting untuk memuihara dan meningkatkan kesihatan. Oleh yang demikian, ubat-ubatan mestilah selamat, mampu dibeli, boleh didapati, dan digunakan dengan sewajarnya. Penggunaan ubat secara tidak rasional bukanlah isu baru. Penggunaan ubat secara tak rasional masa kini telah diakui sebagai epidemik global yang baru. Penggunaaan ubat secara tak rasional bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan awam tetapi juga mempunyai impak negatif terhadap ekonomi dan membawa kepada pembaziran.
Kanak-kanak sebagai satu golongan pengguna sememangnya lebih terdedah kepada berbagai barangan dan produk. Ini sering berlaku kepada mereka yang berumur lima tahun ke bawah. Memandangkan usia mereka yang terlalu muda, selalunya golongan ini kurang cermat atau berwaspada dalam memilih barangan yang sesuai dengan kehendak masing-masing. Lantaran itu, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada barang serta produk yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan ini boleh mengancam keselamatan. Kadangkala maut padahnya. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika rata-rata perangkaan menunjukkan bahawa golongan kanak-kanak lebih banyak mengalami keracunan ataupun kecederaan akibat menggunakan barangan tersebut. Bukan sahaja kerana barangan itu tidak selamat, tetapi lebih kerap lagi kerana cara penggunaannya juga tidak selamat. Ini ada kaitan dengan amalan serta tabiat kita seharian apabila menggunakan barang-barang tersebut. Lazimnya kita cuai dan kurang berhati-hati sehingga anak-anak kita sendiri sering terdedah kepada bahaya yang tidak menentu.
Pemilihan alat permainan tidak harus dipandang ringan. Walaupun alat permainan sepatutnya menyeronok dan menghiburkan, tidak semua dimainkan sebagaimana tujuan alat mainan itu dicipta.
Kebanyakan barangan kosmetik mekap muka mengandungi bahan-bahan yang tidak merbahaya dan dijual dalam kuantiti yang kecil. Barangan ini bolehlah dianggap tidak beracun. Namun begitu, sekiranya tertelan, air atau susu perlu diminum untuk mencairkan bahan kimia yang terdapat di dalam perut.
Racun makhluk perosakTanpa disedari kita dapati pelbagai jenis racun makhluk perosak tersimpan di rumah. Racun makhluk perosak bukan sahaja digunakan di rumah, tetapi juga di kebun dan ladang untuk melindungi tanaman. Oleh itu kaedah penggunaan, penyimpanan dan kawalannya harus dititikberatkan terutamanya kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak merupakan mangsa utama yang terdedah kepada bahaya keracunan kerana tingkah-laku atau tabiat kanak-kanak kecil yang suka memasukkan apa-apa sahaja yang ditemui ke dalam mulut. Oleh itu langkah-langkah keselamatan harus diberi perhatian semasa menggunakan racun makluk perosak. Segala arahan penggunaan yang tercatat pada bekas atau kotak racun tersebut perlu dipatuhi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
- Tabiat Pengguna Wanita:
- Pancaindera dipengaruhi.Gemar kemudahan/keselesaan.
- Yakin yang mahal bermutu tinggi.
- Mudah dipedaya dengan muslihat.
- Suka dibimbing buat keputusan.
- Suka gaya hidup "mewah".
- Suka memiliki barang berlainan.
- Ikuti pembelian atas taraf.
- Sukar tolak tawaran istimewa.
- Baik dalam membuat perbandingan.
- Tabiat Pengguna Lelaki:
- Dipengaruhi rakan / imej.
- Elak jualan besar/murah/sesak.
- Cenderung beli di tempat sama.
- Cepat, tidak suka cerewet.
- Kurang tawar menawar.
- Rasa pedaya - tukar kedai.
- Cepat mengesan muslihat.
- Tidak suka digesa membeli.
KUALA LUMPUR 16 Jun - Malaysia tidak dijangka mengalami kemelesetan berganda memandangkan negara ini sudah keluar daripada fasa pertumbuhan perlahan sejak dua tahun lepas, kata seorang ahli ekonomi.
Isteri, ibu dan pekerja
hasliza.nusi@kosmo.com.my
WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.
Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.
Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.
Merancang kewangan keluarga
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my
IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.
Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.
Ke arah penambahbaikan kemudahan untuk rakyat
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini dan secara rasmi ditubuhkan pada 3 Jun lalu.
Penubuhannya bertitik-tolak daripada kesedaran mengenai pentingnya kemudahan pengangkutan awam yang efisien seterusnya diyakini mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.
Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober tahun lepas dan mengikut perancangan awal akan beroperasi pada Oktober ini.
Lima cawangan Maybank mesra OKU
shawkath.ashraf@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Dalam usaha menjadikan perkhidmatan perbankan lebih mesra pengguna khususnya kepada golongan orang kurang upaya (OKU), Maybank kini mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk kumpulan berkenaan di lima cawangan sedia adanya.
Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Perbankan Konsumer Maybank, Lim Hong Tat berkata, lima cawangan tersebut ialah di Taman Connaught di Cheras, cawangan utama Maybank Petaling Jaya di Selangor, Senawang di Negeri Sembilan, Sitiawan dan Lumut di Perak
"Antara kemudahan yang disediakan ialah kaunter khidmat pelanggan khas, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) yang lebih rendah kedudukannya, tanjakan (ramp), tempat letak kenderaan khas OKU serta pintu gelangsar automatik untuk ke mesin ATM dan CDM," katanya.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
Peruncit mengaku kalah
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia membatalkan cadangan untuk memboikot penjualan gula yang sepatutnya berkuat kuasa kelmarin selepas kerajaan bersetuju melonggarkan syarat pemilikan lesen barang kawalan.
Pengerusinya, Lean Hing Chuan berkata, keputusan itu diambil petang semalam selepas mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
आश्चर्यजनक नहीं होगा अगर तुम अमीर थे और आप कुछ भी खरीद सकता है कि आपके कर्ज में हो रही बिना दिल इच्छाओं? लेकिन फिर भी फिर से समृद्ध ऋण में मिलता है. तो क्या यह सब करने के लिए नीचे फोड़े शायद इतना कितना आप कैसे आप के साथ क्या करने का प्रबंधन तुम क्या है के रूप में नहीं है.
लेकिन आजकल, "की इस अवधारणा अब खरीदें, बाद में भुगतान करते हैं" आप पैसे के साथ खरीदने के लिए आपको लगता है कि, अभी नहीं कर सक्षम बनाता है. उपभोक्ताओं रिश्तेदार आसानी जिसके साथ वे क्रेडिट पर माल खरीद सकते हैं के साथ खुश हो सकता है. क्रेडिट उन्हें सहयोगियों और पड़ोसियों के ईर्ष्या हो सकते हैं. वहाँ है, तथापि, एक बड़ा रोड़ा है कि क्रेडिट और लागत पैसे, यह कभी कभी बहुत है.
The Consumers’ Association of Penang (CAP) has received countless complaints since 2008 via anonymous letters, telephone calls, letters of complaint and even read in our mainstream media, letters written by hapless flat and condominium owners, highlighting the tactics used by developers’ agents/contractors to force new owners to renovate their units at exorbitant charges. Such complaints are from owners from Sri Saujana, Asia Heights, Serina Bay, Puncak Erskine and other condo units in Bayan Baru, Penang.
Wondering what to do with all those chemical nasties lurking in your cupboards? Here's how to dispose of them safely.
Wouldn’t it be wonderful if you were rich and you could buy anything that your heart desires without getting into debt? But then again the rich also get into debt. So what it all boils down to is perhaps not so much how much you have as how you manage to do with what you have.But nowadays, this concept of “Buy now, pay later” enables you to buy with money that you don’t have, yet. Consumers may be happy with the relative ease with which they can buy goods on credit. Credit allows them to be the envy of colleagues and neighbours. There is, however, one big snag and that is credit costs money, sometimes lots of it.
SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd mengukuhkan barisan produk bahan bakar premium di Malaysia dengan memperkenalkan Shell V-Power 97 bagi menggantikan Shell Fuel Save RON 97 di semua 750 stesen servisnya di seluruh negara.Bahan bakar berkenaan yang dicipta untuk kenderaan berprestasi tinggi dan pengguna yang mahukan pemanduan lebih berkuasa dijual pada harga kawalan RON 97 iaitu RM2.05 seliter.
Berikutan itu, Shell Malaysia kini menawarkan tiga barisan produk bahan bakar, selain Shell Fuel Save RON 95 dan Shell V-Power Racing yang masing-masing menepati spesifikasi standard bahan bakar Euro 2M.
KUALA LUMPUR: Usaha Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) untuk memboikot penjualan barangan kawalan khususnya gula, yang dikatakan tidak mendapat keuntungan setimpal tidak berlaku apabila penjualan barangan berkenaan berjalan seperti biasa di seluruh negara.
AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 6.35 sen seunit untuk Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2010.
Isu harga ayam naik mendadak
ikhwan.ideris@kosmo.com.my
| |
| KERATAN Kosmo! 13 Jun 2010. |
KUALA LUMPUR - Panggil Persatuan-persatuan Penternak Malaysia beri penjelasan jika harga ayam terlampau tinggi di pasaran.
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melancarkan operasi memotong bekalan air bagi bil yang tertunggak di sekitar Lembah Klang bermula Rabu sehingga akhir bulan ini.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata antara kawasan terbabit ialah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Langat.
KUALA LUMPUR: Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) menuntut harga perkhidmatan dalam kontrak kawalan keselamatan di lebih 25,000 premis kerajaan seluruh negara dinaikkan sehingga 70 peratus yang akan membabitkan peningkatan kos sehingga RM2.5 bilion setahun.Presidennya, Datuk Shaheen Mirza Habib, berkata tuntutan itu adalah antara syarat yang akan dikemukakan dalam rundingan dengan kerajaan dalam waktu terdekat, sebelum gaji minimum bagi pengawal keselamatan dapat dilaksanakan.
Katanya, kenaikan harga kontrak amat kritikal untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mampu menampung gaji minimum baru yang dicadangkan kerajaan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah mengeluarkan 12,000 Lesen Runcit Barang Kawalan kepada peruncit di seluruh negara sejak mula dikeluarkan pada 9 Jun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu adalah besar dan pengguna tidak perlu bimbang masalah ketiadaan barang kawalan seperti gula.
“Pengguna jangan risau mengenai masalah kekurangan gula kerana baru lima hari lesen dikeluarkan, kita mendapat banyak permohonan dan ini petanda peruncit menyokong usaha kerajaan.
HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam menjejaki prestasi kukuh di Wall Street pada Jumaat dan kekukuhan pasaran serantau.Kenaikan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi utama melonjakkan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) sebanyak 2.49 mata atau 0.19 peratus lebih tinggi kepada 1,297.16. Ia dibuka pada 1,294.89.
Indeks petunjuk pasaran bergerak antara paras 1,294.6 dan 1,298.68 sepanjang hari dagangan.
Peniaga berkata, minat belian cergas dalam semua papan berikutan harapan tinggi ekonomi global akan menyaksikan pemulihan yang kukuh meskipun krisis hutang zon Euro.
DUNGUN: Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah dilema dialami penduduk Rumah Kos Rendah Tiga, Jalan Merbok Kampung Alor Tembesu, di sini yang terkilan serta tidak bersetuju dengan tindakan Indah Water Konsortium (IWK) yang enggan menjalankan kerja penyelenggaraan tangki septik, sehingga saluran najis itu penuh dan tersumbat.Lebih menyedihkan, kira-kira 12 keluarga di perumahan berkenaan terpaksa berkejar ke Masjid Tengku Intan Zaharah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Dungun serta SK Sultan Omar setiap kali mahu membuang air besar dan kecil, kerana tandas di rumah mereka tidak boleh digunakan langsung.
Penduduk mendakwa, kerja pembersihan saliran dan tangki septik utama yang tidak dijalankan mengikut jadual itu menyebabkan saliran selalu tersumbat dan tangki najis utama penuh, sehingga mereka terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa dan menghidu bau najis.
JOHOR BAHRU: Degil terima padah – amaran Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) terhadap majikan yang masih tidak ambil mendaftar perusahaan atau pekerja dengan pertubuhan itu.PERKESO akan memburu majikan terbabit di negeri ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka apabila pihaknya menjalankan pemeriksaan sepanjang Ops Kesan yang bermula sejak awal bulan ini.
Dalam tempoh 10 hari sejak Ops Kesan dilancarkan 1 Jun lalu, PERKESO Johor mendapati 14 peratus atau 135 daripada 948 majikan gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka.
Jumlah majikan yang dikesan melakukan kesalahan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) negeri itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 11 peratus sepanjang Ops Kesan yang diperkenalkan pertama kali pada sepanjang Ogos tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia pada Tahap Dua Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2010 berikutan keberkesanan kerajaan mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA).Tahun lalu, Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia pada Tahap Tiga dalam menangani masalah jenayah pemerdagangan manusia.








