Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUANTAN: Tanpa menghiraukan nyawanya sendiri, seorang pemuda, Raja Saravana Kumar, 24, memberanikan diri memandu sejauh lebih 35 kilometer ke sebuah balai bomba bersama seekor ular tedung selar sepanjang 3.35 meter yang terperangkap pada bahagian bawah enjin kenderaannya.

Lelaki berkenaan berjaya sampai dengan selamat ke Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, anggota bomba terpaksa mendapatkan khidmat penjinak ular profesional, Mohd Fauzi Sarwani Seman, 27, bagi menangkap ular berkenaan.

Sebelum itu, anggota bomba membuka beberapa bahagian penutup enjin kenderaan Saravana dalam usaha menangkap ular berkenaan yang menyorok semakin jauh ke dalam.

Mohd Fauzi berkata, dia mengambil masa lebih 10 minit untuk menangkap ular tedung selar berkenaan yang beberapa kali cuba mematuknya. “Saya tidak pasti bagaimana ular berkenaan boleh berada di bahagian bawah enjin kenderaan dalam tempoh lama kerana bahagian enjin panas dan sempit.

“Kebiasaannya ular akan segera lari apabila terkena apa juga objek panas namun kali ini, kejadian sebaliknya berlaku,” katanya yang berpengalaman luas menangkap ular.

Menurutnya, mereka yang berhadapan dengan kes ular tedung selar bersaiz besar diingatkan tidak cuba bertindak sendiri sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa atau mereka yang berkemahiran dan berpengalaman.

Sementara itu, Saravana berkata dia dan beberapa jiran sudah mencuba pelbagai usaha untuk menangkap ular berkenaan yang tiba-tiba masuk ke dalam keretanya, namun tidak berhasil apabila ia menyorok di jauh ke dalam enjin.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Panduular35km/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment