Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Penyakit Kanser merupakan penyakit kronik yang sukar diubati. Biasanya penghidap penyakit ini akan berasa putus asa dan berserah kepada takdir yang menentukan nasibnya.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penyakit yang boleh diwarisi secara genetik ini, sebenarnya boleh dicegah. Hasil daripada kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa faktor gaya hidup memainkan peranan penting menyebabkan penyakit ini dialami, berbanding dengan faktor keturunan.

Menurut laporan dalam Jurnal Canser Causes and Control, menyatakan empat penyakit kanser yang paling banyak meragut nyawa manusia mengandungi banyak faktor risiko yang boleh diubati.

Lantaran itu, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada dihinggapi oleh risiko penyakit inI. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:


  1. • Hentikan kebiasaan menghisap rokok dan cerut
  2. • Jauhi diri daripada berhampiran dengan orang yang sedang merokok
  3. • Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
  4. • Lakukan langkah-langkah pencegahan di tempat kerja, khususnya bagi mereka yang bekerja di tempat yang mudah tercemar atau mengandungi bahan-bahan seperti asbestos. 
Sumber: http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=457&Itemid=424

0 Responses so far.

Post a Comment