Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

MULAI 1 November 1994, akaun pencarum KWSP telah dibahagikan kepada 3 akaun berasingan. Pencarum semasa seharusnya mengetahui 3 akaun ini untuk memudahkan pengeluaran di kemudian hari apabila diperlukan.
 
Bagi mereka yang masih tidak jelas dengan akaun atau syarat untuk mengeluarkan simpanan dari akaun, berikut adalah panduan yang boleh digunakan. 


 
Akaun 1(60% daripada simpanan) —UNTUK PERSARAAN
Anda boleh mengeluarkan simpanan anda dari akaun ini ketika usia 56 dalam sebarang kaedah yang berikut:

  1. Semua sekali.
  2. Hanya dividen tahunan.
  3. Sebahagian daripada simpanan dalam jumlah sekali gus dan selebihnya dalam bentuk ansuran.
  4. Ansuran bulanan.
Tetapi dalam usaha untuk melayakkan bagi pilihan kedua yang akhir, anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya RM12,000 dalam akaun anda.
 
Akaun 2 (30% daripada simpanan) —UNTUK TUJUAN PERUMAHAN
Anda boleh mengeluarkan:• Semua simpanan dalam akaun anda.• Perbezaan di antara harga rumah dan pinjaman perumahan ditambah 10% harga rumah (untuk memenuhi-perbelanjasn seperti yuran guaman), di mana jumlah lebih rendah.

 
Bagaimanapun anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan jika anda membeli sebidang tanah, membeli rumah secara sewa dulu beli kemudian atau merancang untuk mengubahsuai, memperbaiki atau membina tambahan rumah anda yang sedia ada.

 
Anda juga boleh membuat pengeluaran dengan jarak 5 tahun untuk mengurangkan atau menyelesaikan pinjaman perumahan apabila anda mencapai usia 55. Akaun ini boleh ditutup apabila anda berusia 55-tahun.

 
Akaun 3 (10% daripada simpanan)  UNTUK PERBELANJAAN PERUBATAN
Anda boleh mengeluarkan:

  1. Semua jumlah dalam akaun atau kos rawatan di mana yang lebih rendah.
  2. Hanya jika kos perubatan anda tidak dibayar sepenuhnya oleh majikan anda.
  3. Untuk ahli keluarga anda yang sakit dilindungi di bawah skim ini.
  4. Untuk masa yang tidak terhad asalkan anda mempunyai dana dalam akaun.
PENGELUARAN LAIN SEPENUHNYA

  1. Meninggalkan Malaysia secara tetap— Anda boleh mengeluarkan semua caruman anda jika anda tidak mempunyai niat untuk kembali semula.
  2. Kecacatan kekal—Jika anda kekal cacat (baik fizikal atau mental) dan tidak mampu untuk terus bekerja, anda boleh mengeluarkan semua caruman anda. Bagaimanapun kelulusan bergantung kepada Lembaga Perubatan Dana.
    Anda juga akan diberikan jumlah tambahan daripada simpanan KWSP anda di bawah Skim Faedah Kecacatan. Jumlahnya tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM30,000.
  3. Kematian—Pewaris atau mereka yang layak boleh memohon untuk mengeluarkan semua caruman. Jika pada masa kematian, ahlinya masih menjadi ahli KWSP dan tidak lagi mencapai 60, KWSP juga akan membayar jumlah tambahan daripada jumlah caruman.Bayaran yang tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM3O,OOO di bawah Skim Faedah Kematian.
 UTUSAN PENGGUNA, DISEMBER 1997, JIL 21 BIL 12, M/S 3

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment