Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR 17 Jun - Persidangan Antarabangsa terhadap Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2010 akan memberi penekanan terhadap tiga perkara utama iaitu transaksi elektronik, rasuah dan perdagangan manusia.

Pengerusi Kumpulan Rangkaian Pegawai Pelaksana Malaysia (CONG) dan juga Pengerusi Jawatankuasa IFCTF, V. Maslamani berkata, tiga perkara itu adalah isu utama yang dihadapi di rantau ini.

''Pada masa ini, kebanyakan transaksi dibuat berasaskan tunai dan ini menyukarkan pihak berwajib untuk mengenalpasti sumber kewangan tersebut adalah sah atau sebaliknya. Oleh itu, melalui persidangan itu nanti penekanan akan diberikan kepada transaksi elektronik bagi mengesan pergerakan wang.


''Selain itu, isu rasuah terus menjadi topik perbincangan terutama negara-negara Asia yang masih terbelenggu dengan isu itu serta masalah perdagangan manusia yang semakin berleluasa kini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian penajaan IFCTF di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDF), John Zinkin dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII), Khadijah Abdullah.

Persidangan itu akan diadakan pada 19 hingga 20 Julai ini dianjurkan oleh CONG, Institut Bank-bank Malaysia (IBBM), Institut Kewangan Asia (AIF), SIDC, MII dan turut disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tema Mengukuhkan Tadbir Urus untuk Membina Nilai.

Maslamani berkata, persidangan itu distruktur sebagai platform untuk mengetahui mengenai cara membenteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

''Sejak beberapa tahun lalu institusi kewangan pelbagai saiz tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membuat pelaburan besar bagi mempunyai tadbir urus terbaik untuk meningkatkan penguasaan pasaran dalam pasaran yang kompetitif dan tidak menentu.

''Mereka sepatutnya melabur untuk program anti pengubahan wang haram dan membendung pembiayaan keganasan (AML/CFT). Saya percaya dengan kehadiran pemain antarabangsa di Malaysia, institusi kewangan akan meningkatkan pelaburan terhadap AML/CFT ini untuk mempunyai piawaian antarabangsa,'' jelasnya. 

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment