Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melancarkan operasi memotong bekalan air bagi bil yang tertunggak di sekitar Lembah Klang bermula Rabu sehingga akhir bulan ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata antara kawasan terbabit ialah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Langat.

Selain bekalan dipotong, pengguna terbabit juga dikenakan caj RM50 bagi kos pemotongan selain bayaran untuk penyambungan semula, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Justeru katanya, pengguna yang mempunyai bil tertunggak dinasihatkan agar menjelaskan segera bil air mereka bagi mengelakkan tindakan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh mendaftar masuk ke laman web Twitter dan Facebook Syabas. – BERNAMA

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment