Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencipta sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang mampu menghasilkan imej yang jelas dan tepat walaupun beroperasi dalam keadaan gelap.

Sistem yang dicipta oleh kumpulan penyelidikan fotogrametri dan pengimbasan laser, yang diketuai Profesor Dr Zulkepli Majid dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi mampu menjadi sistem pengawasan jenayah yang terbaik.


Hasil idea seorang penyelidik dalam kumpulan 16 orang itu, Mohd Farid Mohd Ariff, 30, adalah gabungan teknologi pengimejan moden dan bidang geomatik. "Sistem ini membabitkan tiga komponen utama iaitu komponen kutipan data secara luar talian (offline) dan dalam talian (online), komponen penentukuran ruang dan komponen pemprosesan data," katanya di universiti itu di Skudai, hari ini.

Zulkepli berkata, kamera yang digunakan menggabungkan tiga teknologi pengimejan digital iaitu kamera video resolusi tinggi, penapis inframerah dan peranti tiga dimensi (3D) yang mampu merakam imej 3D dalam keadaan terang atau gelap.

Komponen penentukuran ruang pula adalah peranti penentukuran 3D yang digunakan untuk menentukuran ruang yang akan direkod CCTV.

Komponen pemprosesan data membuat pengenalpastian imej dengan kaedah fotogrametri yang dapat memberikan ukuran yang tepat dan cepat subjek dari sudut fizikal seperti ketinggian, keadaan dan bentuk wajah.
Zulkepli berkata, kajian bagi sistem itu mengambil masa dua tahun dan sudah diuji keberkesanannya dalam setiap sudut.

Kos pasaran sistem CCTV itu adalah RM60,000, dan walaupun lebih mahal berbanding kamera CCTV biasa, keupayaannya untuk memberikan imej dengan cepat dan tepat adalah lebih penting, katanya.

"Kita sekarang cuba untuk mengkomersialkan sistem CCTV ini," katanya. - Bernama

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UTMhasilkanCCTVmampurakamdalamgelap/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment