Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mencadangkan penubuhan blok pasaran serantau bersama Indonesia dan Thailand bagi mengawal harga getah global dan memastikan kestabilan pengeluarannya susulan peningkatan harga komoditi itu.

Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin, berkata Pasaran Getah Antarabangsa yang akan berpusat di Kuala Lumpur, akan menghimpunkan bersama tiga pengeluar getah utama dan Vietnam.


“Ketika ini, kami sudah membentuk satu hubungan yang tidak formal, tetapi dengan satu persefahaman di mana kami bertemu dua kali setahun. Usaha itu kami lakukan ketika ini bersama Thailand dan Indonesia. “Kami tidak mahu mengatakan ia adalah satu kartel, tetapi apa yang kami mahu lihat adalah harga getah stabil dan baik untuk semua pihak...apabila kami lihat harganya turun, kami akan memegang bekalan getah,” katanya yang turut yakin terhadap permintaannya kekal tinggi. - AFP

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment