Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Isu harga ayam naik mendadak


KERATAN Kosmo! 13 Jun 2010.


KUALA LUMPUR - Panggil Persatuan-persatuan Penternak Malaysia beri penjelasan jika harga ayam terlampau tinggi di pasaran.


Itu jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meredakan kemelut harga runcit ayam di seluruh negara yang dilaporkan naik mendadak kini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu laporan daripada persatuan tersebut berhubung perkara itu.

Katanya, mungkin harga ayam naik dipengaruhi oleh permintaan tinggi pada musim cuti sekolah.
"Kita jangka harganya akan turun semula setelah cuti sekolah nanti," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia kali ke-3 di sini semalam.

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment