Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam menjejaki prestasi kukuh di Wall Street pada Jumaat dan kekukuhan pasaran serantau.

Kenaikan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi utama melonjakkan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) sebanyak 2.49 mata atau 0.19 peratus lebih tinggi kepada 1,297.16. Ia dibuka pada 1,294.89.

Indeks petunjuk pasaran bergerak antara paras 1,294.6 dan 1,298.68 sepanjang hari dagangan.

Peniaga berkata, minat belian cergas dalam semua papan berikutan harapan tinggi ekonomi global akan menyaksikan pemulihan yang kukuh meskipun krisis hutang zon Euro.

Keyakinan pengguna AS yang kukuh pada Jun membantu Dow Jones naik 0.38 peratus kepada 10,211.07 mata, manakala Nasdaq meningkat 1.12 peratus kepada 2,243.60 dan S&P 500 menambah 0.44 peratus kepada 1,091.60.

Fokus pasaran itu juga sejajar dengan pasaran serantau yang mencatatkan prestasi sangat baik hari ini. Petunjuk pasaran Nikkei 225 Index naik 174.60 mata, atau 1.80 peratus untuk ditutup pada 9,880.

“Semua petunjuk positif ini akan membawa masuk semula pelabur ke dalam pasaran,” kata peniaga.
Bagaimanapun, katanya, jumlah dagangan rendah apabila tumpuan pembeli beralih kepada demam Piala Dunia yang bermula Sabtu lalu.

Dalam mata wang, ringgit disebut harga pada 3.26 berbanding dolar AS, manakala penanda aras minyak mentah bagi penghantaran Julai berada pada US$73.78 setong di New York Mercantile Exchange pada Jumaat.

Indeks Kewangan naik 17.04 mata kepada 11,654.49, Indeks Perusahaan meningkat 9.7 mata kepada 2,597.51 manakala Indeks Perladangan menokok 34.99 mata pada 6,137.52.

Indeks FBM Emas naik 21.75 mata kepada 8,737.79, Indeks FBM70 meningkat 37.67 mata kepada 8,665.64 manakala Indeks FBM Ace menokok 17.99 mata kepada 3,814.44.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 302 berbanding 242 manakala 269 kaunter tidak berubah, 557 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 502.174 juta saham bernilai RM665.401 juta daripada 501.721 juta saham bernilai RM839.563 juta pada Jumaat minggu lalu.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM7.45, CIMB Group turun satu sen kepada RM6.90, MISC meningkat lima sen kepada RM8.48, manakala Sime Darby dan Maxis menokok satu sen setiap satu masing-masing kepada RM7.81 dan RM5.26.

Di kalangan saham cergas, Advance Information Marketing dan Talam Corp turun satu sen setiap satu masing-masing kepada 16 sen dan 13 sen. Kenmark Industrial susut 2.5 sen kepada 13 sen, Affin-WC dan SAAG Consolidated tidak berubah masing-masing pada 1.5 sen dan 8.5 sen.

Bagi kaunter yang meraih untung utama, syarikat pengeluar ubatan, Pharmaniaga naik 39 sen kepada RM5.49 selepas Boustead Holdings Bhd mengumumkan rancangan untuk mengambil alih syarikat tersebut diikuti oleh LPI yang meningkat 36 sen kepada RM15.36 manakala Sinotop menambah 30 sen kepada RM1.37. – Bernama

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ulasanpasaran_Sahamwajarantinggimeningkat/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment