Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

TIGA mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta sejarah apabila terpilih menyertai program Kem Persekolahan Musim Panas, Universiti Harvard bulan ini.
Hoo Khee Wun, mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Melissa Yap Hsio Theng (Kejuruteraan Kimia) dan Nurul Farah Zulkifly (Pendidikan) terpilih daripada 300 permohonan.

Mereka akan mengikuti program itu selama tujuh minggu di universiti tersohor dunia itu merangkumi bidang kebudayaan, bahasa dan sosial.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata pemilihan itu memberi pengiktirafan kepada UTM dan langkah awal program pengantarabangsaan.

Beliau berkata, bukan mudah Universiti Harvard memilih peserta mengikuti program itu kerana saringannya ketat dan mengikut standard ditetapkan.

"Apabila mahasiswa UTM terpilih, ia mencipta sejarah baru dan memberi semangat kepada warga universiti mempertingkatkan kualiti dan usaha.

"Ia mendorong mahasiswa lain melipat gandakan usaha mencipta kejayaan di pelbagai bidang," katanya.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTM, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan dua profesor Universiti Harvard, Habib Rahman dan Sandra Rahman.

Program Kem Musim Panas itu diadakan setiap tahun manakala pesertanya mahasiswa dari seluruh dunia.

Pemilihan mahasiswa berkenaan juga bertepatan dengan rancangan UTM menghantar mahasiswa ke luar negara.

"Tahun ini, UTM mensasarkan menghantar 5,000 mahasiswa ke luar negara berbanding 1,100 tahun lalu," katanya.

Bagi Nurul Farah, dia terkejut terpilih menyertai program pendidikan musim panas itu.

"Saya memang tidak sangka terpilih, ia umpama membayar penat lelah mentelaah pelajaran selama ini.

"Saya akan mengikuti pengajian bahasa sepanjang tempoh program dan berharap pulang dengan ilmu baru untuk dikongsi bersama UTM nanti," katanya.

Bagi Hoo, dia yang teruja menjadi duta kecil UTM dan negara berjanji akan mempromosinya di kalangan pelajar universiti lain.

"Program ini bukan saja memberi peluang memperbaiki pencapaian akademik tapi memberi pengalaman baru," katanya.

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment