Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .


JUALAN LANGSUNG
PANDUAN MENGENAI JUALAN DARI RUMAH KE RUMAH
Seringkali kita mendengar rungutan-rungutan mengenai penyelewengan yang berlaku dalam aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan jualan langsung.
Kebanyakan rungutan itu adalah berhubung dengan taktik jualan yang tidak jujur, kurang sopan dan tidak beretika.
"Tahniah, nombor rumah anda telah terpilih dalam cabutan bertuah kami. Anda telah memenangi potongan harga RM50.00 untuk barang dapur kami. Jangan lepaskan tawaran hadiah dengan membeli barang kami. Jangan lepaskan peluang istimewa ini."
IN adalah ungkapan pembukaan oleh jurujual kepada anda. Jangan terperangkap dengan muslihat (gimmick) ini.

Bagaimana Jurujual Mengendalikan Anda
  • Mereka akan memulakan perbualan dengan ungkapan yang sangat menarik dan menawarkan sesuatu yang anda tidak dapat menolak. Tawar menawar yang tidak mungkin anda lepaskan. la terialu baik jika menjadi kenyataan. Tanpa ragu-ragu anda membenarkan mereka masuk ke rumah anda.
  • Mereka mengeluarkan katalog dan contoh, sepanjang masa bercakap dan membuat demonstrasi. Mereka menerangkan betapa baiknya barang yang dipromosikan dan meyakinkan semua persoalan anda.
  • Sebelum anda sedar mereka telah menulis nama anda di dalam borang pesanan (yang mana sebenarnya merupakan perjanjian).





Mereka mengenepikan ketidakselesaan anda, mendesak anda, menyediakan rancangan pembayaran dan dalam masa yang sama mengingatkan anda berapa banyak wang anda akan menjimatkan, meyakinkan semula bahawa anda akan mendapatkan balik wang anda bila anda menukar f ikiran. Beli sekarang atau harga akan meningkat dalam sedikit masa lagi dan sebagainya.
 
Jika anda masih tidak pasti lagi pada peringkat ini, mereka mungkin akan memulakan sedikit deraan. Mereka tidak akan beredar sehingga anda menandatangani borang pesanan. Meninggikan suara sedikit, sedangkan anda keseorangan. Anda separuh yakin dengan tawaran, anda merasa malu untuk meminta mereka beredar selepas mereka bersusah payah meyakinkan anda dan akhirnya anda menandatangani borang pesanan.
Bagaimana Mengendalikan Jurujual di Muka Pintu
Jualan pintu ke pintu adalah aktiviti yang dikawal di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Sebelum anda melayani jurujual ini, pastikan:
 
Jurujual menunjukkan Kad Pengenalan dan Kad Kebenaran
    a) Masa jualan 9.00 pagi - 7.00 malam sahaja.
        Jualan langsung pada hari Ahad dan cuti am tidak dibenarkan.
Selepas anda berpuashati jurujual itu datang daripada syarikat jualan langsung yang sah, anda bolehlah membenarkan jurujual itu menunjukkan barang jualannya jika masih berminat. Berhati-hati dan gunakan cara yang terbaik bila berurusan dengan
jurujual :



 
1)    Jangan terburu-buru. Anda boleh pada bila-bila masa meminta mereka meninggalkan risalah (brochures) dan borang                pesanan/kontrak. Beritahu mereka yang anda perlu berunding dahulu dengan keluarga. Mereka boleh datang semula                beberapa hari kemudian.

2)         Jangan terpengaruh dengan kata-kata jualan seperti "ini adalah tawaran pertama, harga akan meningkat kemudian atau anda               telah memenangi cabutan bertuah". la cuma satu cara untuk mendapatkan tempahan atau pesanan.
3)    Belajar untuk berkata "Tidak" jika anda tidak berhasrat untuk membeli sesuatu barang. Ramai orang membeli untuk               membuatiurujual pergi atau beredar. Anda tidak sepatutnya merasa terpaksa membeli walaupun mereka telah melakukan               demonstrasi.
4)         Jangan menandatangani borang pesanan/kontrak kecuali anda sangat yakin yang anda mampu untuk membuat                        pembayaran. Apabila anda telah menandatanganinya, hanya ada sedikit harapan untuk mendapatkan balik wang anda             jika anda menukar fikiran.

5)         Baca terma pesanan atau kontrak dengan teliti terutamanya cetakan yang halus atau kecil. Apa yang dikatakan oleh jurujual              tidak akan diambilkira jika anda telah menandatangani borang pesanan/ kontrak. Anda adalah terikat kepada apa yang              terkandung di dalam dokumen berkenaan dan bukan apa yang dijanjikan oleh jurujual.
6)         Dapatkan salinan borang pesanan atau kontrak jualan. Pastikan semua janji tambahan yang dibuat oleh jurujual seperti              hadiah percuma tertulis dalam semua salinan perjanjian.
7)        Penghantaran perlulah dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam pesanan/kontrak anda. Jika anda tidak menerimanya              dalam tempoh yang dinyatakan anda hendaklah menulis kepada syarikat berkenaan dan salinan kepada Persatuan                Pengguna di tempat anda atau kepada pihak berkuasa.             

8)       Semua kontrak tertakluk kepada tempoh bertenang selama 10 had bekerja.
9)       Barang atau perkhidmatan tidak boleh dihantar atau dilaksanakan dalam tempoh bertenang. Penjual juga tidak boleh                 menerima apa-apa bayaran daripada penjual sebelum tempoh bertenang tamat.
10)         Kontrak jualan langsung mempunyai tempoh bertenang 10 hari bekerja. Ini bermakna anda berhak membatalkan kontrak                 yang telah ditandatangani jika anda ragu-ragu atau tidak puas hati.
PENALTI





Penalti Am
Barang siapa yang melanggar peruntukanperuntukan di bawah Akta ini atau Peraturan
Peraturan yang baginya tiada penalti diperuntukan
dengan nyata, boleh dikenakan denda seperti berikut:
1 .       Bagi orang-orang perseorangan, denda bagi kesalahan pertama tidak melebihi RM25,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh             tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak                                                                                                     melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

2.   
   Bagi pertubuhan perbadanan, boleh dikenakan denda bagi kesalahan pertama tidak melebihi RM100,000.00 dan bagi                                      kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM250,000.00.
3.   
   Sesiapa yang menjadi pengarah, pengurus,
         setiausaha di dalam pertubuhan perbadanan, denda yang sama seperti bagi orang perseorangan akan dikenakan.
 





MASALAH
Jika anda menghadapi masalah mengenai jualan langsung, ambil langkah-langkah berikut:
1. Cuba selesaikan masalah dengan syarikat
berkenaan.
2. Sekiranya tidak dapat menyelesaikannya sendiri,
hubungi:
Pengarah,
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
Kementerian Perdagangan Dalarn Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna
Tingkat 31, Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50623 Kuala Lumpur
Tel : 2742100 atau
Pengarah,
Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna
Tingkat 26 Putra Place,
Jalan Putra, Kuala Lumpur
Tel : 4433366
atau hubungi ;
Pejabat Penguatkuasa yang berdekatan atau
Persatuan Pengguna
3. Untuk mendapatkan maklumat mengenai
sesebuah syarikat jualan langsung sila hubungi:
Sekretariat Persatuan Jualan
Langsung Malaysia (DSAM)
No. 18, Tingkat 1, Jalan SS 15/8
Beg Berkunci no. 22R.O. Subang Jaya
47509 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7346921. Fax: 03-7333273
 
Pejabat Pendaftar;
d/a PFA Corporate Services Sdn Bhd
Tingkat 6, Bangunan Kassim Chan
No. 3, Changkat Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
Tel : 03-2380266 Fax: 03-2307707
Jualan pintu ke pintu adalah aktiviti yang dikawal di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Sebelum anda melayani jurujual ini, pastikan:
a)     Jurujual menunjukkan Kad Pengenalan dan Kad Kebenaran
b)     Masa jualan 9.00 pagi - 7.00 malam sahaja.
        Jualan langsung pada hari Ahad dan cuti am tidak dibenarkan.
Selepas anda berpuashati jurujual itu datang daripada syarikat jualan langsung yang sah, anda bolehlah membenarkan jurujual itu menunjukkan barang jualannya jika masih berminat. Berhati-hati dan gunakan cara yang terbaik bila berurusan dengan jurujual.
 
Kontrak jualan langsung mempunyai tempoh bertenang 10 hari bekerja. Ini bermakna anda berhak membatalkan kontrak yang telah ditandatangani jika anda ragu-ragu atau tidak puas hati


Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment