Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

JOHOR BAHRU: Degil terima padah – amaran Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) terhadap majikan yang masih tidak ambil mendaftar perusahaan atau pekerja dengan pertubuhan itu.

PERKESO akan memburu majikan terbabit di negeri ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka apabila pihaknya menjalankan pemeriksaan sepanjang Ops Kesan yang bermula sejak awal bulan ini.
Dalam tempoh 10 hari sejak Ops Kesan dilancarkan 1 Jun lalu, PERKESO Johor mendapati 14 peratus atau 135 daripada 948 majikan gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka.

Jumlah majikan yang dikesan melakukan kesalahan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) negeri itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 11 peratus sepanjang Ops Kesan yang diperkenalkan pertama kali pada sepanjang Ogos tahun lalu.


Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi PERKESO, Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata daripada 135 majikan terbabit, 63 dikenakan tindakan dengan jumlah kompaun RM31,500, manakala 72 majikan dikenakan tindakan gagal mendaftar pekerja dengan jumlah kompaun RM36,000.

Katanya, berbanding sepanjang Ogos tahun lalu, PERKESO Johor memeriksa 2,226 majikan dengan 223 didapati gagal mendaftar perusahaan dengan dikenakan kompaun RM111,500, manakala 27 gagal mendaftar pekerja dan dikenakan kompaun RM13,500.

“Tujuan utama Ops Kesan bukan untuk mengeluarkan notis kompaun terhadap majikan yang gagal mematuhi peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 tetapi memberi kesedaran dan kefahaman kepada majikan mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja jika berlaku kemalangan di tempat kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ops Kesan PERKESO Johor Bahru, di sini semalam. Hadir sama, Pengarah PERKESO Johor, Che Hamid Che Ahmad dan Pendaftar SSM negeri, Mohd Hamdan Mohd Jaffar.

Selain itu, Dr Mohammed Azman berkata, Ops Kesan PERKESO yang mula dilancarkan pada tahun lalu juga bertujuan mengesan majikan dan pekerja yang gagal mendaftar dengan PERKESO supaya lebih bertanggungjawab dan memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kebajikan pekerja.

Beliau berkata, sejak dilancarkan pada 1 Ogos tahun lalu, Ops Kesan berjaya mengesan sebanyak 4,173 majikan yang gagal mendaftar dengan PERKESO daripada 21,370 majikan yang diperiksa sepanjang operasi lalu.

“Hasil Ops Kesan itu menyebabkan 5,048 majikan mendaftar dengan PERKESO setiap bulan berbanding purata pendaftaran 3,000 majikan setiap bulan sebelum Ops Kesan dilancarkan.

“Ini menunjukkan kesedaran majikan meningkat dan mencerminkan sikap yang hanya mengambil tindakan untuk mendaftar apabila terdapat penguatkuasaan PERKESO,” katanya.

Oleh Mohd Zin Ali
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_PERKESOburumajikan/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment