Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR: Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) menuntut harga perkhidmatan dalam kontrak kawalan keselamatan di lebih 25,000 premis kerajaan seluruh negara dinaikkan sehingga 70 peratus yang akan membabitkan peningkatan kos sehingga RM2.5 bilion setahun.

Presidennya, Datuk Shaheen Mirza Habib, berkata tuntutan itu adalah antara syarat yang akan dikemukakan dalam rundingan dengan kerajaan dalam waktu terdekat, sebelum gaji minimum bagi pengawal keselamatan dapat dilaksanakan.

Katanya, kenaikan harga kontrak amat kritikal untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mampu menampung gaji minimum baru yang dicadangkan kerajaan.

Shaheen berkata, premis kerajaan meliputi kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pelanggan mereka.

Beliau berkata, faktor utama pihaknya mendesak penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum baru untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan 1 Julai ini adalah disebabkan kekangan itu, dan bukannya kerana memerlukan lebih masa bagi mereka mengemas kini operasi sebagaimana didakwa Kementerian Sumber Manusia.

“Justeru, penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum baru itu dijangka berlarutan sehingga pertengahan tahun depan sehingga rundingan selesai, tetapi tempoh berkenaan dapat dipendekkan sekiranya kedua-dua pihak iaitu PPKKM dan kerajaan dapat mencapai persetujuan bersama dengan lebih cepat.

“Perkara ini akan mengambil masa kerana membabitkan kenaikan harga perkhidmatan dalam kontrak selaras kadar kenaikan gaji pokok pengawal keselamatan, di mana kerajaan bakal menanggung peningkatan kos agak besar iaitu kira-kira RM6 bilion setahun berbanding RM3.5 bilion setahun ketika ini.

“Tanpa kenaikan harga kontrak kerajaan bagi menampung gaji minimum baru itu, adalah agak mustahil untuk syarikat kawalan keselamatan terbabit bertahan, sebaliknya berisiko gulung tikar. Ini kerana industri keselamatan hanya mencatat keuntungan kurang 10 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

April lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, mengumumkan kira-kira 190,000 pengawal keselamatan akan menikmati kenaikan gaji pokok antara 67 peratus hingga 75 peratus kepada RM1,000 hingga RM1,450 mulai 1 Julai ini, berbanding gaji pokok antara RM300 hingga RM400 ketika ini.

Oleh Syuhada Choo Abdullah
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPKKMtuntutkenaikanharga/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment