Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

SELAYANG: “Pihak pengurusan hanya tahu minta wang, tapi keadaan kami di sini seperti tinggal di rumah usang,” luah seorang penduduk Apartmen Seri Murni 2 di sini.
Dia yang menetap 10 tahun di situ hanya mahu dikenali sebagai Swe berkata, sejak menetap di situ, pengurusan apartmen itu sangat teruk berikutan kemudahan sedia ada tidak diselenggara dengan baik.
“Pengurusan juga sering bertukar ganti sehingga kita tidak tahu pada siapa untuk mengadu masalah yang tidak pernah surut dihadapi oleh penduduk.


“Jika dilihat keadaan tidak seperti apartmen lain, setiap kemudahan sewenang-wenangnya boleh digunakan orang luar contohnya seperti kolam renang.

“Dulu caj meletakkan kenderaan hanya RM100 setahun, kini dinaikkan ke RM130 setahun, namun tempat letak kereta tidak pernah cukup dan tidak adil bagi penghuni yang membayar tapi harus meletakkan kenderaan di luar kawasan apartmen,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Tinjauan Metroplus di tempat terbabit juga mendapati keadaan sangat teruk, penghuni tanpa rasa bersalah menjadikan sebahagian tempat letak kereta untuk membuang sampah walaupun rumah sampah disediakan.

Keadaan kolam renang menjijikkan apabila kotor dan berlumut seolah-olah tidak pernah dicuci, malah keadaan rumah sampah juga sangat menyedihkan sehingga dipenuhi nyamuk yang boleh menyebabkan gejala denggi.

Berikutan itu, baru-baru ini semua penghuni sepakat mengadakan mesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian, namun ia tiada kesudahan dan alasan diberi, penghuni tidak mahu bekerjasama dan segelintir saja yang mahu membayar caj penyelenggaraan.

Penghuni, Lau Wee Tiong yang mewakili penduduk sewaktu mesyuarat berkata, sikap pengurusan berat sebelah juga tidak wajar kerana baginya tidak kira apa juga bangsa tinggal di situ, mereka harus adil.

“Sudah lama penghuni berdiam diri, namun tidak ada perubahan yang dilakukan dan paling teruk masalah kerosakan lif sering berlaku sangat menyusahkan terutama bagi orang tua, ibu mengandung dan mereka yang sakit,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sepertitinggaldirumahusang/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment