Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan seharusnya memanfaatkan Kempen Beli Barangan Malaysia untuk menghasilkan inovasi, meningkatkan produktiviti dan pengukuhan barangan supaya mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kempen itu bukan bertujuan melindungi industri tempatan sebaliknya menyedarkan bahawa terdapat produk pengusaha tempatan menembusi pasaran global, sekali gus membuktikan barangan buatan Malaysia mampu bersaing di persada dunia.


Beliau berkata, kejayaan itu hasil usaha pengusaha terbabit mengeluarkan produk bermutu tinggi.

“Kempen ini bukan bertujuan melindungi tetapi mahu memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kewujudan pelbagai barangan buatan tempatan sebenarnya cukup berkualiti.

“Kita mahu rakyat membuat pilihan tepat ketika membeli sesuatu barangan. Kita mahu menanam rasa bangga bterdapat produk kita yang boleh bersaing di peringkat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan timbalannya, Datuk Rohani Abdul Karim.

Pada masa sama, Perdana Menteri menggesa syarikat tempatan berani membuat pelaburan bagi program penjenamaan dan promosi konsisten supaya produk mereka menjadi pilihan pengguna.

Beliau berkata, syarikat tempatan perlu sentiasa berusaha memupuk minda pengguna jenama mereka yang terbaik. “Justeru, industri dan peruncit tempatan harus sedar akan kepentingan penjenamaan dan pengiklanan bagi tujuan menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Malah, sokongan rakyat memberi kesan besar dalam menentukan kejayaan satu kempen dianjurkan kerajaan dan bagi kempen ini, peranan pengguna amat penting kerana mereka yang akan mengeluarkan wang untuk membeli setiap produk dihasilkan.

“Sebenarnya kempen seperti ini adalah pelaburan kerajaan dalam usaha menggalakkan orang ramai membeli barangan tempatan dan akhirnya membantu mengukuhkan kewangan negara,’’ katanya.

Najib berkata, perbelanjaan melalui kempen seumpama itu akan memberi kesan limpahan kerana ia boleh meningkatkan pendapatan pengusaha tempatan selain guna tenaga akan bertambah.

Beliau berkata, ia mendorong syarikat yang mendapat keuntungan itu supaya membuat pelaburan semula iaitu dengan meningkatkan teknologi pengeluaran dan menghasilkan produk yang berinovasi untuk dipasarkan.

“Ia kemudian akan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Produktempatanmampubersaing/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment