Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

ROSAK...pagar KTMB yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.KUALA LUMPUR: Tiada kesedaran sivik dan kurangnya nilai murni di kalangan segelintir masyarakat menjadi faktor kes kecurian dan vandalisme membabitkan harta benda awam terus berlaku.

ROSAK...pagar KTMB yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.
VANDALISME...papan tanda Stesen Komuter Angkasapuri yang 
dirosakkan.
VANDALISME...papan tanda Stesen Komuter Angkasapuri yang dirosakkan.
Saban hari, aktiviti tidak bermoral ini terus berlaku dengan kegiatan tidak berfaedah ini turut dihadapi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggarkan membelanjakan RM1.8 hingga RM2 juta setahun untuk memperbaiki dan mengganti kerosakan serta kecurian yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan di beberapa stesen KTMB mendapati beberapa pagar dirosakkan walaupun tanda peringatan diletakkan di kawasan berkenaan dipercayai digunakan sebagai laluan pintas selain ada yang menjual pagar itu.

Peniaga, Amran Bidin, 45, berkata tindakan mereka yang melakukan kecurian dan vandalisme seperti memotong pagar untuk laluan pintas adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa sendiri.

Menurutnya, tindakan itu turut mendedahkan orang lain kepada risiko terutama kanak-kanak yang mungkin menjadikan laluan itu sebagai tempat mereka bermain selain merugikan KTMB yang terpaksa mengeluarkan belanja membaik pulih dan menggantikan segala kerosakan.

“Selain merosakkan harta benda KTMB, ada antara mereka seolah-olah mempertaruhkan nyawa dengan melintas landasan kereta api,” katanya yang menetap di Pantai Dalam.

Bagi Nurbaini Munir, 43, perbuatan vandalisme tidak sewajarnya berlaku kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.

“Pemantauan pihak berkaitan perlu dilakukan lebih kerap bagi memastikan kejadian merosakkan harta benda membabitkan milik KTMB dapat diatasi,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengurus Kanan, Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail, berkata KTMB menanggung kerugian hampir jutaan ringgit akibat kes kecurian dan vandalisme seperti mencuri kabel, besi, paku landasan serta komponen elektrik dan elektronik yang sering berlaku terutama di kawasan terpencil.

Menurutnya, tindakan merosakkan dan melekatkan gula-gula getah pada bangku di dalam tren selain kewujudan tangan nakal yang membaling batu kepada tren yang bergerak antara masalah dialami KTMB.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tangansetan/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment