Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah mengeluarkan 12,000 Lesen Runcit Barang Kawalan kepada peruncit di seluruh negara sejak mula dikeluarkan pada 9 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu adalah besar dan pengguna tidak perlu bimbang masalah ketiadaan barang kawalan seperti gula.

“Pengguna jangan risau mengenai masalah kekurangan gula kerana baru lima hari lesen dikeluarkan, kita mendapat banyak permohonan dan ini petanda peruncit menyokong usaha kerajaan.


“Tiada sebab ada pihak hendak boikot penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum kerana ramai lagi yang bersetuju dan jika diikutkan angka 12,000 pun sudah boleh merangkumi bekalan di semua daerah.

“Kita tunggu dan lihat boikot bagaimana yang mereka ingin adakan esok (hari ini),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia Ke-3 di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, angka 12,000 hanya membabitkan peruncit di kawasan bandar saja dan tidak termasuk peruncit di kawasan luar bandar, peniaga pasar malam dan kiosk.

Beliau berkata, kementeriannya juga masih menghantar barangan kawalan seperti biasa walaupun kepada peruncit yang belum memohon lesen kerana penguatkuasaan Lesen Runcit Barang Kawalan hanya bermula 1 Julai ini.
“Mungkin ada yang menolak kerana ingin memboikot dan ini terserah kepada mereka. Kita tidak ada apa-apa paksaan dan tindakan, sebab penjualan barang kawalan adalah hak masing-masing,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu ayam yang dikatakan dijual melebihi harga ditetapkan, beliau berkata, penanda aras harga ayam yang ditetapkan kerajaan adalah antara RM7 hingga RM7.50 sekilogram mengikut kawasan.

“Harga ayam hanya menjadi barang kawalan empat kali setahun, iaitu semasa perayaan. Masalahnya, pengguna membandingkan harga ayam kini dengan harga ayam semasa jatuh. Kini harga ayam naik kembali kepada paras sederhana dan masih di bawah penanda aras ditetapkan untuk ayam.

“Ayam bukan barang kawalan dan ia tertakluk kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran. Sekarang musim cuti sekolah dan banyak majlis perkahwinan, jadi harga ayam naik,” katanya.

Oleh Alzahrin Alias
Sumber:

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment