Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Awas! - Maklumat peribadi anda mungkin disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu

Pengguna pakar, poket tak terbakar!
Semasa berurusan di internet, kita pastinya diminta dengan pelbagai soalan mengenai maklumat peribadi seperti nombor akaun, kad pengenalan, alamat dan sebagainya. Pastikan kita mempunyai ilmu serta maklumat secukupnya berkenaan selok-belok perdagangan di internet (e-niaga) jika sekiranya kita ingin berurus niaga di..internet...Sebelum memulakan atau melakukan apa- apa..transaksi..atas talian maya, kita perlu mempercayai..laman web atau blog tersebut.

Satu cara mudah adalah dengan menggunakan kaedah carian nama laman web tersebut di Google atau Yahoo. Jika hasil carian anda menunjukkan banyak pengguna yang tidak berpuas hati dengan peniaga atas talian tersebut, mungkin anda perlu lebih berhati-hati.

Pastikan laman atau blog peniaga tersebut ada menyatakan alamat dan nombor telefon sebenar perniagaan mereka. Melakukan siasatan awal secara sendiri adalah lebih baik untuk memastikan maklumat tersebut benar dan boleh dipercayai.

Pertama,
Anda lihat di ruang alamat di browser internet anda, huruf ‘s’ di https://, alamat tersebut merujuk kepada transaksi yang selamat dan boleh diyakini. Lihat juga logo ‘mangga’ ( di bahagian bawah, kanan browser anda (di sebelah ruang alamat untuk Internet Explorer versi 7). Ini menunjukkan transaksi anda mempunyai enkripsi. Untuk memastikan anda berada di laman web yang sah dan bukan laman web yang ditiru, klik kanan di mana-mana di laman tersebut dan pilih properties. Anda boleh melihat alamat dan maklumat sebenar laman tersebut jika laman tersebut mempunyai enkripsi. Siasat dan dapatkan ilmu kepenggunaan dari masa ke semasa.

Kedua,
Apabila anda mendapat SMS yang menyatakan anda pemenang cabutan bertuah, pelanggan bertuah atau mendapat hadiah-hadiah lumayan dan di luar jangkaan nilainya dan wang hadiah akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Di mana, anda hanya perlu memberikan nombor akaun bank.

Awas serta berhati-hatilah!, buat pemeriksaan lanjut sebelum anda tertipu, jangan telalu ghairah untuk mendapat untung ataupun menjadi kaya dan terus memberikan nombor akaun, nama, alamat atau segala maklumat yang diminta kepada pihak yang tidak dikenali. Fikir-fikirkanlah, anda bekerja keras untuk mendapatkan wang, tak mungkin wang boleh bergolek ke riba anda dan sebegitu mudah dengan hanya satu cabutan yang dikatakan bertuah itu!

Pengguna Bijak, Pengguna Selamat!
Pengguna bijak sahajalah yang mampu menjadi pengguna yang selamat dan berkuasa. Semakin tinggi ilmu kita sebagai pengguna maka semakin bijak dan terlindung kita dari segala penipuan.

Bersama kita menjadi pengguna yang bijak kerana `Kuasa Di tangan Anda’

Sumber: http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=406&Itemid=424

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment