Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

AHMAD Sarji (kiri) bersama Hamad Kama Piah menunjukkan agihan 
dividen ASD sebanyak 6.35 sen di Kuala Lumpur, semalam.AHMAD Sarji (kiri) bersama Hamad Kama Piah menunjukkan agihan dividen ASD sebanyak 6.35 sen di Kuala Lumpur, semalam.
 
RM207.75j dibayar kepada pelabur Amanah Saham Didik

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 6.35 sen seunit untuk Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2010. 

Ia adalah peningkatan 0.05 sen berbanding 6.30 sen yang diagihkan bagi tahun kewangan sebelumnya, dan bakal memanfaatkan hampir 293,504 pelabur saham amanah itu.
Pembayaran bagi pengagihan pendapatan itu akan dilaksanakan menerusi pelaburan semula yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit 1 Julai ini.

Bagi pemegang unit yang melanggan unit ASD menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP masing-masing.

Pengiraan pengagihan pendapatan itu dibuat berdasarkan purata baki minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan yang dikaji.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata ASNB memperuntukkan RM207.75 juta bagi pengagihan pendapatan itu, peningkatan 33.50 peratus berbanding RM155.59 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
Katanya, sepanjang tahun kewangan ASD, arah aliran pasaran saham menunjukkan peningkatan berterusan sejak separuh tahun kedua 2009, berikutan pengumuman data ekonomi yang positif pada peringkat global dan domestik.

Hingga 11 Jun lalu, beliau berkata, tabung ASD memperoleh pendapatan kasar RM258.33 juta yang mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang RM89.09 juta atau 34.49 peratus kepada jumlah pendapatan kasar terbabit.

“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM149.00 juta atau 57.68 peratus, manakala RM20.24 juta atau 7.83 peratus lagi diperoleh menerusi pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASD itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji menjelaskan, sejak dilancarkan pada 2001, tabung ASD sentiasa menjadi pilihan pelabur Bumiputera untuk menabung bagi tujuan pendidikan.

Katanya, sepanjang tahun kewangan semasa ASD sehingga 31 Mei 2010, seramai 67,403 pelabur baru menyertai ASD iaitu peningkatan 29.96 peratus daripada jumlah pelabur pada 1 Julai 2009, manakala jumlah unit pelaburan baru bersih pula meningkat 603.22 juta unit atau 21.26 peratus.

ASD adalah tabung ekuiti pertumbuhan berharga tetap yang bermatlamat memberi peluang pelaburan yang mampu menjana pulangan dan pertumbuhan jangka panjang berpatutan kepada pemegang unitnya.

Urus niaga ASD akan ditangguhkan mulai 23 hingga 30 Jun ini bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan

Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelaburASDperoleh6_35senseunitsaham/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment