Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Pada 26 Julai setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan Hari Pengguna Malaysia bersempena dengan pembentangan Akta Pelindungan Pengguna pada 26 Julai 1999. Acara sambutan ini telah dijalankan mulia 26 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi makluman mengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia yang disambut pada 26 Julai setiap tahun. Lebih daripada itu, program ini juga melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia ini.

Melalui program ini penganjur mengharapkan kesedaran dan penglibatan masyarakat pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara berhemah. Dengan adanya kesedaran ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan masyarakat pengguna bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.

Selain itu juga, objektif sambutan ini lebih memaparkan tanggungjawab kerajaan dan kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.

FOMCA selaku penganjur akan menganjurkan Pertandingan Mengarang Esei , Melukis Poster, Mewarna, Melukis Kartun, Folio dan "Scrap Book" untuk Kelab Pengguna Sekolah, Fotografi Pengguna dan lain lain lagi. Semua pertandingan ini akan berlangsung selama empat (4) bulan. Manakala, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan tersebut dijangkakan akan diadakan pada hujung Julai setiap tahun.

Pertandingan ini melibatkan sebilangan besar pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi dan masyarakat awam secara umumnya. Pihak penganjur mensasarkan lebih daripada 50,000 penyertaan daripada penglibatan semua pihak dalam ketujuh-tujuh pertandingan ini. Tujuan utama penganjuran program-program sempena Hari Pengguna Malaysia  ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kewujudan Hari Pengguna Malaysia serta memupuk semangat pengguna bijak di kalangan masyarakat. Ia juga bertujuan untuk melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan untuk turut serta dalam menjayakan Hari Pengguna Malaysia ini. Melalui peningkatan kesedaran dan penglibatan yang luas ini, diharapkan masyarakat akan menyedari akan hak-hak dan tanggungjawab mereka serta dapat mempraktiskannya dengan berhemat. Dengan wujudnya pengguna yang sedar akan hak-hak dan tanggungjawab mereka dan para peniaga yang beretika, maka ini dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera.

Rentetan pada itu, pihak penganjur turut juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Hak Pengguna Sedunia. Hari Hak Pengguna Sedunia biasanya disambut pada 15 Mac setiap tahun.

Sumber: Laman www.mypengguna.com