Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Baik pulih (reconditioned)
Untuk memastikan barangan yang telah digunakan dapat beroperasi dengan sempurna elalui proses pembersihan, pembaikan dll.

Kualiti yang boleh diperdagangkan (Merchantable Quality)
Menerangkan keadaan barangan yang dijual. Barang-barang akan dianggap sebagai 'barangan berkualiti' apabila pembeli berpuas hati dengan barangan tersebut walaupun setelah diberitahu tentang kerosakan pada barangan tersebut atau setelah pembeli diberi peluang memeriksa barangan tersebut.


Bahan pengawet (preservatives)
Bahan kimia yang membolehkan bahan-bahan yang cepat rosak dapat disimpan untuk tempoh yang lama.

Belian pukal
Pembelian barangan dengan kuantiti yang banyak untuk mendapatkan faedah diskaun.

Buangan toksik
Bahan-bahan beracun atau membahayakan hasil dari pembuangan sisa-sisa industri.

"Caveat Emptor"
Istilah Latin yang membawa erti "biar pembeli berwaspada'. Jika pembeli tidak berhati-hati dalam pembelian maka pembeli sendiri yang akan bertanggungjawab dan perlu mengambil risiko dari pembelian yang tidak menguntungkan.

Dari segi amalan pengguna dilindungi oleh undang-undang yang memerlukan barangan supaya sesuai dengan tujuan menyediakan jaminan dan menentukan hukuman kepada penipuan dan salah perihalan.

 "Caveat Venditor"
Istilah Latin bermaksud "biar penjual berwaspada" adalah bertentangan dengan "Caveat Emptor". Penjual bertanggungjawab sepenuhnya jika barangan yang dijual tidak memuaskan. Dengan erti kata lain penjual perlu berhati-hati dengan keuntungan segera tetapi merosakkan reputasi atau kehilangan kepercayaan pengguna (membuat keuntungan tetapi kehilangan pelanggan).

Tempoh bertenang (Cooling-off Period)
Peruntukan undang-undang untuk tempoh masa tertentu di mana dalam masa berkenaan pengguna masih boleh membatalkan kontrak pembelian. Peruntukan seperti ini biasanya terpakai kepada undang-undang jualan dari rumah ke rumah dan kontrak kredit pengguna.

Cukai tidak langsung
Cukai yang tidak dibayar terus kepada kerajaan seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Dasar perlindungan
Falsafah atau amalan bagi melindungi kepentingan perdagangan sesebuah negara.

Diskaun
Pengurangan dari harga yang biasa ditawarkan pada satu kadar peratusan dari harga yang disenaraikan. Biasanya didapati semasa jualan menghabiskan stok atau jualan murah.

Diskriminasi harga
Penjualan barangan atau perkhidmatan yang sama tetapi pada harga yang berlainan kepada pembeli yang berlainan.

"Double Pricing"
Amalan menentukan harga cadangan pengeluar pada kadar yang keterlaluan. Apabila harga berkenaan ditunjukkan bersama dengan harga runcit sebenar, ia akan memberi gambaran seolah-olah pengurangan harga yang tulen.

Lambakan
Jualan barang di pasaran luar negara. di bawah harga yang sepatutnya untuk menghabiskan lebihan atau untuk menguasai pasaran. Dalarn pergerakan pengguna, istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada barang-barang eksport yang telah diharamkan, dihadkan atau didapati mempunyai kualiti yang kurang mernuaskan atau tidak dikehendaki oleh negara-negara tertentu.

"EFTPOS"
Pernindahan wang elektronik di tempat atau waktu jualan bermaksud apa-apa bayaran dari pelanggan untuk barangan atau perkhidmatan yang diproses secara elektronik. la merupakan pernindahan wang dengan cara. elektronik dari akaun bank pelanggan kepada akaun bank peruncit. Kad plastik digunakan di terminal khusus yang dipasang di tempat pemeriksaan keluar di tempat atau waktu jualan.

"Embargo"
Sekatan atau larangan berdagang ke atas sesuatu barangan atau sesuatu negara. Dari segi sejarah embargo sebagai perintah yang selalu digunakan semasa peperangan tetapi ia juga mungkin digunakan untuk tujuan politik atau ekonomi.

Etika Amalan
Satu instrumen yang menggariskan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam tindakan serta perlakuan ahli-ahli yang biasanya diamalkan oleh korporatkorporat multi-nasional dan organisasi perniagaan. la merupakan peraturan yang diwujudkan sendiri oleh pertubuhan dan perlu dipatuhi oleh ahli-ahlinya yang kadang-kadang bertujuan mengelakkan dari dikawal melalui perundangan kerajaan. Kadang-kadang ia merupakan perangkap kepada undang-undang yang meliputi bidang yang sukar dikawal atau dikuatkuasakan melalui undang-undang. Etika amalan lebih diterima oleh masyarakat peniaga kerana ia perlu dipatuhi dari aspek moral sahaja dan bukan dari sudut undang-undang.

Syarat pengecualian (Exclusion Clause)
Peruntukan di dalam perjanjian yang menggariskan apa yang tidak dilindungi melalui undang undang. la kerap didapati di dalam polisi insurans, perjanjian perumahan dan sebagainya.

Mesra Alam (Environment Friendly)
Sesuatu bahan atau barang dinyatakan sebagai mesra alam jika penggunaannya membantu mengurangkan/meminimumkan kerosakan alam sekitar.

"Free Enterprise "
Amalan atau fahaman ekonomi yang dibenarkan pihak swasta beroperasi dalam persaingan bebas dengan kawalan yang minimum daripada Kerajaan.

Makanan yang diperkuatkan "Fortified Food"
Makanan yang telah ditambah dengan bahanbahan lain atau perasa dan pemakanan asal telah ditambah.

"Food Irradiation " 
Proses pemeliharaan makanan yang kontroversi dan meningkatkan jangka hayat makanan melalui kawalan hidupan, organisma mikro di dalam makanan seperti rempah, bijirin, buah-buahan dan sayur sayuran atau menghalang pertumbuhan pada kentang dan bawang. Pejuang-pejuang konsumerisma bimbang tentang lima aspek kesan "irradiation" iaitu kesihatan, keselamatan, pelabelan, pengesahan dan keperluan.

Kepenggunaan Hijau (Green Consumerism)
"Green Consumerism" berkisar kepada ungkapan "semakin sedikit semakin baik". la juga menjadi penting kepada organisasi di mana barang-barang dan perkhidmatan dihasilkan. Tumpuan selaran kepada .... Green Consumerism" adalah perolehan barangan dan proses pengeluaran barang-barang yang tidak mementingkan pemeliharaan persekitaran, kesaksamaan sosial dan ekonomi. Politik dan budaya juga menjadi fokus "Green Consumerism".

Ubat Generik
Semua jenis dadah yang tidak dipatenkan, termasuk yang tempoh tarikh telah luput.

Tambahan Tersembunyi (Hidden Extras)
Tambahan bukan merupakan pilihan yang mesti dibayar apabila membeli barangan atau perkhidmatan tetapi tdak dinyatakan dengan jelas oleh pembekal.

Tambahan Harga Yang Tersembunyi (Hidden Extras In Price)
Tambahan harga yang tidak dinyatakan dengan jelas semasa pembelian seperti bayaran penghantaran, bayaran pemasangan dan cukai.

Hadiah Percuma
la merupakan hadiah yang disertakan kepada barangan atau diberi percuma jika pembelian dilakukan mencapai satu nilai yang ditentukan. Kadang-kadang hadiah diberikan secara percuma tanpa pembelian khususnya untuk tujuan promosi. la memang percuma tetapi para pengguna dinasihatkan supaya meneliti harga barangan apabila hadiah percuma disertakan yang kadang-kadang harga dinaikkan secara sulit untuk memasukkan harga hadiah percuma.

"Hazardous Products"
Barang yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna. Biasanya barang juga akan membahayakan jika kekurar-igan penerangan atau amaran.

"Hazardous Waste"
Bahan buangan yang mmberikan kesan yang serius kepada kesihatan atau boleh mengakibatkan kernatian atau boleh mengancam kesihaten atau persekitaran jika tidak diuruskan dengan benar-benar sempurna.

Pembelian tergesa-gesa
Membeli barang-baramg tanpa dirancang terdahulu.

Jingle
"Jingle" mempunyai irama yang mudah diingat yang selalu digunakan untuk iklan barangan dan mudah dikaitkan dengan barangan di dalam pemikiran masyarakat.

Makanan Ringan (Junk Food)
Makanan yang kurang berkhasiat kerana mengandungi gula dan garam yan. g berlebihan, bahan pengawet atau pewarna yang tidak dibenarkan. Makanan ini boleh membahayakan jika dimakan tanpa makanan fain, misalnya "snack", gula-gula, kepingan coklat, minuman ringan. Makanan lain seperti burger dan kerepek kentang yang rwnengandungi banyak lemak dan kalori tetapi sedikit serabut juga sering dipanggil makanan tanpa khasiat.

Jualan Murah
Barangan yang dahulunya dijual dengan harga yang mahal tetapi sekarang ditmwarkan dengan harga yang lebih murah. Di setengah-setengah negara jualan murah dikawal melalui peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu yang mensyaratkan bahawa dalam satu tempoh tertentu sebelum jualan murah diumurnkan harga barangan berkaitan hendaklah telah dijual dengan harga yang tertentu. Ini bertujuan untuk mengelakkan peniaga mempengaruhi dan menipu pelanggan dengan jualan murah palsu.

Jualan Melalui Pos
Menghantar risalah khusus mengenai jualan barangan atau perkhidmatan melalui pos kepada bakal-bakal pelanggan terpilih dengan mempelawa mereka membuat pesanan terus tanpa melalui kedai. Jualan melalui pos biasanya menggunakan borang jawapan dan pesanan.

Jaminan Pengeluar
Janji nyata atau jaminan yang diberikan oleh pengeluar kepada peruncit yang biasanya disertakan bersama barangan bahawa keupayaan, kualiti barangan adalah seperti yang dinyatakan dan pernbaikan serta penggantian akan dilakukan jika barangan tidak memenuhi spesifikasi. Jaminan sedemikian biasanya untuk satu tempoh masa yang tetap.

Jaminan Pemulangan Balik Wang
Jaminan bahawa wang akan dikembalikan sekiranya pernbeli tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli.

Jualan Lambak
Jualan barang-barang terpakai atau separuh pakai biasanya dikendalikan oleh pertubuhan atau kelab untuk mendapatkan wang amal bagi sesuatu projek.

Kerugian Ekonomi (Economic Loss)
Tuntutan undang-undang ke atas kerugian ekonomi ialah konsep yang berkaitan dengan tanggungan barangan di mana pelanggan boleh mendapat pampasan ke atas kerugian kewangan akibat pembelian barang-barang yang rosak (defective) atau fidak sempurna.

Kontrak
Perjanjian yang boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang. la boleh dalam bentulk lisan, bertulis atau termaklum. Kontrak hanya akan menjadi sah di sisi undang-undang jika satu tawaran telah dibuat dan tawaran itu telah diterima. (Tawaran + Penerimaan + Kerelaan + Keupayaan + Balasan = Kontrak).

Kawalan Mutu
Proses mengekalkan kualiti sesuatu barangan melalui sistem pengeluaran dan seterusnya khidmat selepas jualan.

Kuasa Pasaran
Kuasa-kuasa tertentu yang boleh mempengaruhi pembelian sesuatu barangan (seperti harga, permintaan, mudah diperolehi dll).

Kontrak Seragam (Standard Contracts)
Kontralk yang biasanya untuk menjelaskan hubungan yang fidak adil antara dua pihak di mana satu pihak mempunyai kelebihan kuasa tawar menawar dan berupaya menentukan terma dan syarat kepada pihak yang lemah. Pihak yang lemah biasanya berada dalam keadaan fidak ada pilihan kecuali menerima terma dan syarat-syarat berkenaan.

Pelabelan
Menyertakan label pada barangan untuk menyatakan butir-butir pengeluar, harga, rupa bentulk, berat, isipadu, tarikh luput dan sebagainya di mana sesuai. Pengguna lebih gemar pelabelan bermaklum yang membolehkan mereka membandingkan produk dengan mudah semasa membuat pilihan.

Liabilliti Kelluaran
Tanggungjawab pengeluar dari segi undangundang untuk membayar pampasan kepada pengguna yang mengalami kemalangan atau kerosakan harta benda yang berpunca dari kerosakan barangan yang dikeluarkannya. Contohnya pengeluar TV dikehendaki membayar pampasan terhadap kecederaan dan kerosakan yang timbul akibat daripada TV yang dihasilkannya meletup.

Makanan Berumusan
Tiruan pada makanan biasa atau makanan makanan jenis baru yang dibangunkan di makmal. Misainya makanan khusus direkacipta untuk keperluan khusus seperti rumusan bayi, ataupun 'diets'untuk makanan asas atau makanan tambahan.

Makanan Diproses
Makanan yang telah diproses dan dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kimia seperti pengawet (preservatives), pewarna (colouring) dll.

Makanan Kesihatan (Health Foods)
Merupakan makanan organik yang bebas dari bahan-bahan pengawet dan digalakkan sebagai makanan kesihatan kerana mengandungi nilai pemakanan atau khasiat yang tulen.

Makanan Mudah (Convenience Food)
Makanan separuh siap atau telah dimasak yang dibungkus dan sedia untuk dimakan dengan sedikit atau tanpa perlu dimasak lagi seperti mi segera.

Makanan Segera
Makanan yang disediakan dengan kuantiti yang banyak dan biasanya diiklankan dengan secara meluas di rangkaian kedai makanan segera.

Menarik Balik Barangan Dari Pasaran (recalls)
Satu bentuk jaminan keselamatan dan kawalan mutu barangan atau perkhidmatan di mana pengeluar akan mendapatkan balik barangan tersebut dari pengedar dan pembeli setelah pihak pengeluar mendapati barangan tersebut rosak. Ini adalah untuk membolehkan pihak pengeluar membetulkan kerosakan tersebut.

Minuman Ringan Berkarbonat
Karbon dioksida ditambah di dalam minuman ringan. Penolakan minuman ringan sedemikian ialah kerana ia dirumus secara kimia bukan dari buahbuahan segar dan mempunpi nilai pemakanan yang sangat kecil. la mungkin mengandungi gula dan pewarna yang berlebihan. Mungkin juga ada yang mengandungi bahan pemanis tiruan seperti sakarin dan pewarna bahaya.

Pembungkusan Berganda
Pembungkusan bersama beberapa jenis barangan supaya pembelian Secara berasingan tidak dapat dilakukan.

"Odd-Pricing"
Menawarkan barangan pada harga 99 sen atau RM6.99, tidak pada angka genap.

"Off-Pack Premium"
Hadiah percuma yang fidak disertakan pada bungkusan tersebut tetapi diberikan pada tempat penjualan (point-of-sale).

Orang Tengah
Pemborong, ejen atau mana-mana ahli perniagaan yang menjadi penghubung antara pengeluar dan pembekal di dalam proses penjualan barangan. Peranan asasnya ialah membeli barangan daripada pengeluar dan menjuaInya kepada pembekal. Biasanya, keuntungan yang diperolehi oleh orang tengah akan menaikkan harga barangan kepada pengguna. Teknik pemasaran moden, seperti jualan langsung tidak lagi memerlukan peranan dan penglibatan orang tengah.

Pasaran Bebas
Mana-mana pasaran di mana pembelian dan penjualan boleh dilaksanakan tanpa apa-apa sekatan termasuk juga harga.

Pasaran Gelap
Pembelian dan penjualan barangan atau perkhidmatan secara tidak sah di sisi undang-undang dan biasanya pada harga yang lebih tinggi.

Pemasaran
Aktiviti perniagaan yang melibatkan pergerakan barangan dari pengeluar kepada pengguna antaranya pembelian dan penjualan, pengiklanan dan pembungkusan.

Pemulauan
Pemulauan oleh pengguna adalah usaha daripada pejuang-pejuang konsumerisma untuk mencapai beberapa objektif dengan cara menggesa pengguna individu berhenti dari membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran kerana kenaikan harga yang terfalu tinggi, amalan syarikat pengeluar yang tidak beretika, faktor keselamatan dan sebagainya.

Pengeluar
Orang perseorangan atau syarikat yang menjalankan kegiatan mengeluarkan sesuatu barang. Sesetengah negara dan bagi kepentingan perniagaan, pengimport juga dianggap sebagai pengeluar walaupun dia pada hakikatnya tidak terlibat dalam sebarang proses pengeluaran.

"Performance (Claim) Labelling"
Pelabelan yang mendakwa prestasi atau ketahanan sesuatu barangan seperti tidak pecah dll.

Perlindungan
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan, termasuklah tarif dan bukan tarif yang menunjukkan peningkatan dalam kos mengimport barang-barang atau menghalang kemasukan barang-barang dan mengukuhkan persaingan barangan tempatan di dalam negeri.

Peruncit
Orang perseorangan yang menjual barangan dalam kuantiti yang kecil terus kepada pengguna.

"Prosumer"
Seseorang yang menghasilkan sesuatu barangan untuk kegunaan dirinya sendiri sahaja.

Penarikan Balik (Repossession)
Mengambil semula barang-barang yang dijual secara sewa beli setelah pembeli gagal membuat bayaran. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada barang-barang yang belum lagi ditukar milik kepada pembeli.

Pengguna Bersaing
Pengambilan simbol status barangan yang did6rong oleh keinginan untuk sentiasa mengatasi atau bersaing dengan pengguna yang lain khususnya jiran.

Penggunaan Ketara
Memperolehi barang yang melambangkan status untuk menekankan atau memperlihatkan keunggulan sosial dan mendapat pengiktirafan kumpulan dan bukan kerana kegunaan barangan berkenaan.

Perihal Dagangan
Kenyataan yang menerangkan tentang sifat, kualiti, kuantiti, komposisi, berat, jumlah dan sebagainya dicatatkan di label, risalah-risalah yang dilampirkan bersama lain-lain bentuk promosi. Perihal dagangan di kebanyakan negara biasanya dilindungi oleh undang-undang bagi memastikan yang pengeluar tidak membuat pemerihalan yang palsu.

Harga Pemindahan (Transfer Pricing)
Pemindahan barangan atau perkhidmatan dari satu bahagian ke bahagian yang lain di dalam syarikat yang sama atau beberapa syarikat bagi menunjukkan yang peningkatan kos berlaku dalam proses pemindahan tersebut. Pihak yang menerima barangan tersebut akan mengenakan harga yang tinggi dari kos sebenar bagi tujuan memindahkan tingkat keuntungan dari negara atau bahagian yang menerima ke pihak yang mengirim barangan.

Penetapan Harga
Tindakan menetapkan harga barangan dan perkhidmatan antara syarikat-syarikat, perdagangan dan pertubuhan profesional bagi menguasai pasaran. Di sesetengah negara, Kerajaan menetapkan harga bagi barangan dan perkhidmatan.

Pembungkusan Kembar
Pembungkusan dan unit barangan yang sama dan dijual dengan potongan harga. Harga yang ditawarkan adalah rendah berbanding jika dibeli satu unit secara berasingan.

Perjanjian Komoditi
Perjanjian bersama antara, negara pengguna dan negara, pengeluar untuk menstabilkan bekalan dan harga komoditi tertentu.

Perkhidmatan Lepas Jualan
Merupakan tugas menyelenggara dan membaikpulih, bekalan alat-alat ganti dan maklumat berkaitan lepas jualan dibuat di bawah terma jaminan dan selepasnya. Untuk setengah barangan seperti kereta dan peralatan rumah perkhidmatan berkenaan adalah perlu kepada setiap jualan.

Penggunaan Semula (Recycling)
Penggunaan semula barangan buangan.

Penjualan Secara Parti
Penjualan barangan di majlis-majlis atau parti dirumah-rumah persendirian.

Racun Perosak (pesticide)
Bahan-bahan yang mengawal perosak seperti racun serangga, racun rumput rampai, racun kulat dan racun haiwan.

Rumusan Bayi
Susu lembu atau soya berlemak atau dengan tambahan lemak sayur-sayuran supaya mudah hadam, sebagai tambahan zat galian dan vitamin. Dijual 25% hingga 40% lebih mahal daripada susu penuh krim biasa. la mendapat promosi yang meluas dari syarikat susu sebagai pengganti kepada susu ibu sehinggalah kod pemasaran pengganti penyusuan susu ibu melarang pengiklanan sedemikian.

"Standard"
"Standard" ialah pengabungan kriteria-kriteria yang menunjukkan keadaan atau keselamatan sesuatu barangan mengikut teknik pengujian yang telah ditetapkan. "Standard" ini boleh dijadikan mandatori atau sukarela.

Tanda Perniagaan
Simbol, reka bentuk, perkataan dan sebagainya yang digunakan oleh pengeluar untuk membezakan barangan yang dihasilkan oleh pesaing-pesaingnya. Tanda perniagaan ini biasanya didaftarkan dan dilindungi oleh undang-undang.

Tanda Tarikh
Melabelkan tarikh barang-barang makanan dikeluarkan bagi membolehkan pengguna mengetahui berapa lama barang berkenaan telah dikeluarkan. Bentuk yang biasa digunakan ialah "guna sebelum" atau "baik sebelum".

Tarikh Luput
Tarikh yang menunjukkan sesuatu barangan itu tidak lagi selamat untuk digunakan selepas dari tarikh tersebut. Selepas tarikh tersebut, terdapat kemungkinan tindakbalas kimia atau fizikal telah berlaku terhadap barangan tersebut yang mana ia boleh memudaratkan pengguna.

Tiruan
Pengeluaran barangan yang hampir serupa dengan barangan tulen yang menjadikannya sukar dibezakan dengan barangan tulen. Biasanya dilakukan ke atas barang-barang yang popular, barang berjenama serta barang-barang yang eksklusif dan jenama yang mahal. Sebahagian barang tiruan dijual menggunakan jenama yang hampir sama. atau sama dengan jenama tulen. Kadang-kadang barang tiruan sedemikian adalah bermutu rendah dan mungkin boleh membahayakan.

Tawar-menawar
Aktiviti berunding untuk mendapatkan harga/ perkhidmatan yang saksama.

Harga Seunit
Polisi yang mengkehendaki pengeluar menunjukkan harga barangan bagi setiap unit supaya pembeli tidak terkeliru dengan perbelanjaan dari segi pembungkusan. Contoh 'harga seunit' ialah RM1.50 sekilo atau RM2.98 seliter.

Zero Nutrition Food
Istilah yang biasanya digunakan kepada makanan yang kurang khasiat.

Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment