Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR: Kira-kira 47 peratus pekerja Malaysia menjangka kenaikan gaji antara 5.0 dan 10 peratus tahun ini walaupun ketika kegawatan kewangan, demikian menurut Laporan Kerja Dunia 2010 (WoWR).

Kaji selidik tahunan itu yang dilakukan Randstad, satu organisasi pengambilan pekerja dan perkhidmatan sumber manusia kedua terbesar di dunia, berkata harapan tinggi pekerja bagi mendapatkan pakej gaji dan ganjaran kewangan adalah cabaran yang dihadapi majikan.


Randstad, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan 92 peratus warga kerja Malaysia dan 83 peratus warga kerja Singapura menjangka menerima bonus tahun ini, manakala kira-kira 70 peratus daripada majikan yang ditinjau di Malaysia khuatir akan kehilangan kakitangan kepada pasaran-pasaran lain kerana prospek kerja di luar negara meningkat. Pengurus Besar dan Pengarah Agensi Pekerjaan Randstad Sdn Bhd, Sahun Nadarajah berkata: "Penjenamaan adalah satu cara kukuh membentuk tenaga kerja bagi setiap organisasi.

"Jika pengalaman sebenar bekerja sepadan dengan nilai syarikat dan unjuran jenama majikan, pekerja akan lebih terangsang, lebih produktif dan lebih setia," katanya.

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa 29 peratus pekerja Malaysia terangsang oleh fahaman kukuh mengenai bagaimana peranan masing-masing boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

Kajian yang dibuat pada Februari, meninjau pendapat lebih 3,000 profesional sumber manusia, pengurus perniagaan dan ketua pegawai eksekutif di seluruh Rantau Asia Pasifik. - Bernama

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PekerjaMalaysiaharapgajibiasanaikwalaupungawat/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment