Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd mengukuhkan barisan produk bahan bakar premium di Malaysia dengan memperkenalkan Shell V-Power 97 bagi menggantikan Shell Fuel Save RON 97 di semua 750 stesen servisnya di seluruh negara.

Bahan bakar berkenaan yang dicipta untuk kenderaan berprestasi tinggi dan pengguna yang mahukan pemanduan lebih berkuasa dijual pada harga kawalan RON 97 iaitu RM2.05 seliter.

Berikutan itu, Shell Malaysia kini menawarkan tiga barisan produk bahan bakar, selain Shell Fuel Save RON 95 dan Shell V-Power Racing yang masing-masing menepati spesifikasi standard bahan bakar Euro 2M.


Pengarah Urusan Shell Malaysia, Azman Ismail, berkata Shell V-Power 97 diperkenalkan susulan permintaan terhadap bahan bakar premium yang menepati ke-perluan kenderaan berprestasi tinggi.

“Bertentangan dengan kepercayaan umum, bukan semua petrol adalah sama dan kami di Shell sentiasa komited menghasilkan bahan bakar yang lebih baik untuk prestasi pemanduan serta kenderaan mereka,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Shell V-Power 97 di Subang Jaya, semalam.

Hadir sama, Pengurus Teknologi Bahan Bakar Asia Pasifik Shell Global Solutions, Eric Holthusen dan Pengurus Jualan dan Operasi Runcit Nasional Shell Malaysia, Leslie Ng.
Azman menjelaskan, bahan bakar berkenaan yang mula digunakan pasukan Formula Satu Ferrari pada perlumbaan di Bahrain awal tahun ini adalah bertepatan dengan pengalaman luas Shell dalam bidang pembangunan petrol.

“Pakar di Shell telah menghasilkan Shell V-Power 97 untuk menunaikan permintaan pelanggan yang mahukan bahan bakar berprestasi tinggi,” katanya.

Beliau berkata, pengenalan produk baru itu juga akan memudahkan pengguna yang sebelum ini sukar mendapatkan petrol premium Shell berikutan tawarannya yang terhad selepas pengenalan bahan bakar RON 95 bermula September tahun lalu.

“Pengguna kini boleh mendapatkan petrol premium ini pada harga kawalan RON 97 di semua 750 Stesen Servis Shell di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak,” katanya.

Petrol RON 97 sebelum ini menyumbang kira-kira 18 peratus kepada jualan keseluruhan bahan bakar Shell dan pengenalan Shell V-Power 97 dijangka meningkatkan jualannya sebanyak tiga peratus.

Sementara itu, petrol premium Shell V-Power Racing pula akan terus dijual di kira-kira 40 lokasi di pusat bandar sekitar Lembah Klang dan Johor.

Shell V-Power 97 menggunakan bahan tambahan Teknologi Pengubahsuaian Geseran, sama seperti digunakan oleh kenderaan Ferrari pada perlumbaan F1.

Teknologi itu dibangunkan secara unik oleh makmal penyelidikan Shell dengan kerjasama Ferrari.

Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
2010/06/16

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ShellperkenalpetrolV-Power97/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment