Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

SAMAN

...anggota penguat kuasa DBKL menyaman bas yang diletakkan di bahu jalan
 dalam Operasi Halang Siri ke-11, baru-baru ini.KUALA LUMPUR: Pemandu bas dan teksi di kalangan warga asing yang beroperasi tanpa permit di ibu kota didapati menggunakan pelbagai taktik licik untuk mengaburi pihak berkuasa termasuk menempatkan ‘tonto’ di tempat tertentu untuk mengesan kehadiran anggota penguat kuasa. 


SAMAN ...anggota penguat kuasa DBKL menyaman bas yang diletakkan di bahu jalan dalam Operasi Halang Siri ke-11, baru-baru ini.
Ketua Inspektor Unit Trafik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Shaiful Anwar Shaharom, berkata taktik itu menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. “Kami pernah menahan beberapa pemandu warga asing dan serahkan mereka kepada Jabatan Imigresen dan LPKP (Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan), namun kegiatan mereka belum dapat dibendung sepenuhnya” katanya. 

Beliau mendedahkan perkara itu selepas Operasi Halang Siri ke-11 membabitkan 26 pegawai dan anggota dari empat agensi penguat kuasa iaitu Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, LPKP, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen di sini, baru-baru ini. Ketika operasi berkenaan, dua pemandu bas di Lebuh Ampang meninggalkan kenderaan mereka di bahu jalan kerana dipercayai tidak memiliki lesen sah. 

Dalam operasi itu, 204 pemandu pengangkutan awam dan perdagangan disaman berikutan pelbagai kesalahan mengikut peruntukan undang-undang Kaedah Lalu Lintas dan Perkara 11 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Diesel 1996). Operasi tertumpu di Jalan Tun Tan Siew Sin dan beberapa jalan utama sekitar ibu negara dipilih kerana menjadi tumpuan segelintir pemandu bas dan teksi yang gemar mengambil dan menurunkan penumpang tanpa menghiraukan keselamatan pengguna. 

Sementara itu, Penolong Pegawai Penguat kuasa LPKP, Jeffri Affendi Mohd Yusoff, berkata pihaknya mengadakan operasi berkala untuk membanteras kehadiran pemandu bas dan teksi warga asing termasuk menyamar penumpang. “Kami akan ambil tindakan tegas termasuk menahan permit individu yang menyewakan permit mereka kepada warga asing,” katanya. 

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemanduasingpasangtonto/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment