Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CAP telah memerhatikan bahawa keadaan alam sekitar yang serius di negara ini telah membawa kepada peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keperluan untak memulihara dan melindungi alam sekitar.
Walaupun berada dalam keadean terbatas, mereka berjuang untuk mempertahankan hak mereka dan menggunakan saluran undang~undang. Di bawah ini diterangkan mengenai apa yang dimakaudhan di atas.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak memperuntukkan secara jelas mengenai hak warganegara kepada alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi.
Namun, hak seperti itu tersirat di bawah Artikel 5 yang dikaitkan dengan hak untuk hidup dan kebebasan. (Artikel 5 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "Tiada siapa pun yang boleh dinafikan haknya untuk hidup atau menikmati kebebasan hidupnya yang dilindungi di bawah undangundang".)

Di India, dalam kes Dehra Doon Valley, pada tahun 1983 Mahkamah Agungnya menggunakan pendekatan yang imaginatif apabila mereka menafsirkan "hak untuk hidup" itu sebagai mengkehendaki alam sekitar yang menyihatkan. Kes ini melibatkan operasi kuari yang menimbulkan kesan alam sekitar yang buruk terhadap penduduk di Dehra Doon.
Dalam satu keputusan yang membawa kejayaan pada tahun 1986, Mahkamah Agung India dalam kes Olga Iwn Bombay Municipal Corporation, mengembangkan konsep hak untuk hidup kepada hak untuk sara hudup.

Berdasarkan tafsiran Mahkamah Agung India di atas, adalah berkemungkinan untuk berhujah bahawa Artikel 5 Perlembagaan Malaysia secara tersirat atau tidak langsung memperakui hak setiap warganegara untuk mendapatkan kehidupan alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi. Untuk apakah hidup ini jika tidak dapat hidup dan tidak ada jaminan untuk menyara kehidupan?

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976:
Rancangan ini, yang pertama kalinya memperkenalkan konsep Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.


Berdasarkan kepada pendirian British, Akta itu ingin memastikan lebih banyak perancangan projek-projek pembangunan yang diselaraskan di setiap Negeri dengan penglibatan penduduk tempatan.


Pada dasarnya, ia kelihatan seperti perundangan yang wajar, tetapi sebenarnya sedikit sahaja boleh dimanfaatkan. Dalam melakarkan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk sesuatu kawasan, pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Perancangan sepatutnya membuat publisiti terhadap pelan draf selama sebulan dan menjemput orang ramai supaya memberikan pandangan.
Namun, pengalaman CAP dengan beberapa rancangan struktur iaitu dalam urusan proses untuk mendapatkan pandangan awam hanyalah suatu formaliti sahaja, sekadar untuk mematuhi undang-undang.

Keputusan muktamad mengenai rancangan itu terletak kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri dan tidak ada tanggungjawab - daripada pihak Negeri untuk mempertimbangkan dan melaksanakan pandangan orang awam.

AKTA KUALITI ALAM SEKITAR, 1974:
Pengenalan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 berikutan Persidangan Stockholm 1972 merupakan usaha untuk menghasilkan inisiatif perundangan menyeluruh dalam urusan dengan perkara berkaitan dengan alam sekitar.

Berdasarkan Akta ini
Bahagian Alam Sekitar, kini dipertingkatkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ditubuhkan.

JAS terutamanya berurusan dengan perkara-perkara berkaitan kualiti udara dan air, sisa industri, paras kebisingan dan penilaian kesan alam sekitar. Peranan utamanya ialah untuk mengawasi kualiti alam sekitar.
Isu pengurusan sumber alam sekitar bukan berada di dalam skop dan sebahagian besarnya berada di bawah naungan kerajaan negeri terutamanya berhubung dengan hutan, tanah paya, tanah dan sumber galian.

Melalui proses Penilaian Kesan Alam Sekitarlah (EIA) JAS mempunyai beberapa peranan pengawasan.
Proses penilaian semula EIA yang wujud kini mungkin merupakan satu-satunya mekanisma statutori untuk kumpulan-kumpulan kepentingan awam dan warga biasa menyuarakan kebimbangan mereka dengan berkesan terhadap segala projek yang menjejaskan alam sekitar dan masyarakat.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tiada siapa pun yang menyoroti dengan ketara dan memberikan penekanan terhadap kepentingan penglibatan awam dalam proses EIA daripada Hakim MahkamahTinggi, Datuk James Foong dalam kes Empangan Bakun pada Jun tahun lalu.

Dalam keputusannya (di mana Peguam Negara telah menyifatkannya sebagai "selamat") di mana dia memutuskan dengan memihak kepada tiga Plaintif iaitu orang asli Sarawak, hakim berkata:
"Asas kepada Akta Kualiti Alam Sekitar ialah merumuskan "langkah-langkah untuk mengelak, mengurang atau mengawal kesan-kesan buruk ke atas alam sekitar.

"Untuk mencapainya, sebagaimana tercatat dalam Garis Panduan, penglibatan awam amat diperlukan, interaksi antara orang awam dan alam sekitar adalah asas kepada konsep kesannya.

"Oleh itu, adalah relevan dan mandatori untuk pihak berkuasa mendengar pandangan awam dahulu, sebelum memberikan kelulusan.

"Ia seolah-olah memperolok-olokkan seluruh isu ini dengan mengatakan, EIA boleh diluluskan dahulu dan jika orang awam mempunyai sebarang idea membina, mereka boleh menyerahkannya kemudian. Ini tentulah tidak wajar, mengetepikan pertimbangan yang baik dan wajar."

Seseorang itu tentu akan memikirkan kata-kata bijaksana hakim yang mencetuskan pihak berkuasa supaya mempunyai kefahaman yang baik dan menghargai penglibatan awam di bawah proses EIA.

Malangnya perkara yang sebaliknya pula berlaku. Tidak lama selepas Mahkamah Rayuan merubah keputusan Mahkamah Tinggi, bahkan terdapat tanda-tanda daripada Kerajaan Negeri untuk meletakkan proses EIA di bawah bidang kuasa mereka. NGO melihatnya sebagai sesuatu yang menjejaskan proses EIA, terutamanya berhubung dengan hak penglibatan orang awam. 

UTUSAN PENGGUNA, DISEMBER 1997, JIL 21 BIL 12, M/S 17

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment