Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Lima cawangan Maybank mesra OKU


HONG TAT (dua dari kiri) melayan pelanggan OKU menggunakan mesin ATM di Taman Connaught, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Dalam usaha menjadikan perkhidmatan perbankan lebih mesra pengguna khususnya kepada golongan orang kurang upaya (OKU), Maybank kini mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk kumpulan berkenaan di lima cawangan sedia adanya.

Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Perbankan Konsumer Maybank, Lim Hong Tat berkata, lima cawangan tersebut ialah di Taman Connaught di Cheras, cawangan utama Maybank Petaling Jaya di Selangor, Senawang di Negeri Sembilan, Sitiawan dan Lumut di Perak

"Antara kemudahan yang disediakan ialah kaunter khidmat pelanggan khas, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) yang lebih rendah kedudukannya, tanjakan (ramp), tempat letak kenderaan khas OKU serta pintu gelangsar automatik untuk ke mesin ATM dan CDM," katanya.

Sumber:  http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment