Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

SKIM subsidi baru bagi produk petroleum masih dalam kajian dan akan diumumkan selepas mengambil kira pandangan rakyat secara keseluruhan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

“Memang kami sedia maklum, semuanya begitu prihatin mengenai skim subsidi baru yang akan dilancarkan. “Sebenarnya, kementerian dan kerajaan sedang mengkaji secara terperinci untuk mengambil kira pandangan rakyat supaya pelaksanaannya menguntungkan rakyat secara keseluruhan dan tidak membawa reaksi negatif kepada rakyat sendiri,” katanya, menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai skim subsidi baru di persidangan Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Terdahulu, menjawab soalan asal Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang bertanya mengenai mekanisme penetapan harga diguna di stesen minyak, Tan berkata, harga runcit produk petroleum ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) yang digunapakai sejak 1983. Katanya, melalui APM, kerajaan menetapkan harga runcit pada satu paras dan perubahan kos produk tidak mengubah harga runcit.

“Perbezaan antara harga runcit dan harga sebenar akan ditampung subsidi dan pengecualian cukai jualan,” katanya.

Menurutnya, komponen APM terdiri daripada kos produk (harga purata Means of Platts Singapore - MOPS), alpha, kos operasi, margin syarikat minyak, margin pengusaha, cukai jualan dan subsidi.

Bagi kos operasi, katanya, pada masa ini kerajaan menetapkan pada kadar 9.54 sen seliter, membabitkan kos pengangkutan dan pemasaran, manakala margin syarikat minyak ditetapkan pada 5 sen seliter bagi petrol dan 2.25 sen seliter diesel.

“Margin pengusaha stesen ditetapkan pada 25.19 sen seliter bagi petrol dan tujuh sen seliter bagi diesel,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Subsidibaruambilpandanganrakyat/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment