Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Ubat-ubatan merupakan peralatan yang penting untuk memuihara dan meningkatkan kesihatan. Oleh yang demikian, ubat-ubatan mestilah selamat, mampu dibeli, boleh didapati, dan digunakan dengan sewajarnya. Penggunaan ubat secara tidak rasional bukanlah isu baru. Penggunaan ubat secara tak rasional masa kini telah diakui sebagai epidemik global yang baru. Penggunaaan ubat secara tak rasional bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan awam tetapi juga mempunyai impak negatif terhadap ekonomi dan membawa kepada pembaziran.

PASTIKAN ANDA TAHU

- jenis ubat yang diambil
- tujuan diambil
- dos tepat yang perlu diambil
- masa untuk mengambilnya
- bagaimana untuk mengambilnya
- berapa lama perlu diambil
- jenis makanan dan minuman yang perlu dielak
- jenis aktiviti yang perlu dielak (memandu, mengendalikan mesin dan lain-lain)
- kesan sampingan yang mungkin berlaku.

PASTIKAH DOKTOR DAN AHLI FARMASI ANDA TAHU

- segala jenis ubat (termasuk vitamin) yang sedang anda ambil
- jenis alahan atau interaksi yang anda alami apabila mengambil sesetengah ubat
- tabiat pengambilan minuman keras anda
- sama ada anda merokok atau mengambil minuman berkafein

Sumber: http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=458&Itemid=424

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment