Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR: “Keluhan kami berhubung masalah kenaikan harga ayam secara mendadak bukan kerana cerewet atau ‘besar kepala’ tapi kami mahu kementerian turun padang dan lihat sendiri masalah kami,” kata peniaga kedai makan, Halimah Mahmud, 42.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar ini berhubung isu kenaikan harga ayam mencecah RM7 sekilogram sempena musim cuti persekolahan bermula minggu lalu.
Katanya, pengguna terdiri pengusaha makanan dan restoran begitu merasai kesan kenaikan itu kerana mereka membeli bekalan ayam dalam kuantiti besar berbanding pengguna isi rumah.


“Kami perlu mendapatkan bekalan ayam sekitar 40 hingga 50 kilogram setiap hari. Justeru, apabila harga ayam naik sehingga RM1.20 sekilogram, kami juga terpaksa berdepan dengan kenaikan kos pembelian dengan peniaga ayam yang mencecah dua kali ganda berbanding sebelum ini,” katanya.

Oleh itu, katanya, pihaknya berharap kementerian menyiasat secara mendalam berhubung masalah kenaikan harga ayam kerana peniaga dan pengguna menjadi mangsa peladang yang dikatakan menjadi ‘raja’ mengawal harga pasaran.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit, di sini, mendapati hampir keseluruhan peniaga ayam masih menjual ayam bersih pada harga yang sama iaitu RM7 setiap kilogram.

Selasa lalu, akhbar melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ayam bukanlah barang dikawal harganya tetapi ia bergantung kepada keperluan pasaran, permintaan dan penawaran.

Beliau berkata, ayam bukanlah barang kawalan kecuali ketika musim perayaan tapi purata harga siling ditetapkan mengikut pasaran adalah antara RM7 ke RM7.50 seekor bergantung kepada keperluan pengguna ketika itu.

Sementara itu, peniaga, Adnan Yahya, 40, berkata, dia juga mengalami nasib sama seperti peniaga makanan berikutan pembeliannya juga dalam kuantiti yang besar.

“Memang kami amat terasa dengan kenaikan ini terutamanya sepanjang cuti persekolahan kerana kebanyakan pembeli terdiri daripada mereka yang membuat kenduri kahwin atau majlis keramaian,” katanya.

Adnan berkata, masalah kenaikan harga secara mendadak ini bukan saja berlaku ke atas ayam, malah turut membabitkan ikan dan sayuran yang tidak mempunyai kawalan harga tetap.

“Harga sayuran juga tidak menentu kadang kala naik sehingga tiga kali ganda seperti cili merah yang dijual pada harga RM9 sekilogram berbanding dua hari lepas mencecah RM15 sekilogram,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kamibukancerewet/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment