Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

BANGI: Iklan haram yang memenuhi ruang di tiang elektrik, hentian bas dan papan kenyataan di sepanjang kawasan Bandar Baru Bangi, terutama di Seksyen 9 bukan saja menghalang papan tanda, malah menyakitkan mata.

Kebanyakannya mengiklankan pinjaman wang haram dipercayai along, perkhidmatan urut dan pembelian barang yang boleh memerangkap masyarakat.

Iklan along, misalnya memberi kesan kepada penduduk kerana boleh mendapat pinjaman secara mudah yang menggalakkan mereka membuat hutang seterusnya membahayakan kehidupan keluarga pada masa depan.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati, banyak iklan ditampal di ruang kosong papan kenyataan di sekitar premis perniagaan dan papan tanda ke jalan utama menyebabkan pengguna sukar melihat tulisan.

Penduduk, Mohd Zamri Dahot, 25, berkata iklan sebegitu tidak sesuai ditampal di kawasan itu kerana boleh menjatuhkan imej bandar yang bukan saja dikunjungi warga tempatan, malah pelancong asing.

Katanya, pemasangan iklan mereka tidak bertanggungjawab itu memburukkan pandangan mata kerana ia menghalang laluan utama dan susah melihat arah jalan.

“Untuk menangani masalah itu, pihak berkuasa perlu memantau dan ambil tindakan membuang iklan yang tidak berasas itu kerana memberi banyak kesan buruk kepada penduduk.

“Ia juga mengotorkan kawasan kerana iklan yang dibuang dicampak di tepi jalan yang mencemarkan bandar dengan sampah-sarap,” katanya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi, di sini, baru-baru ini.

Peniaga, Mohamad Faizzuddin Mohd Nasir, 22, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkenaan perlu menyediakan satu tempat khas untuk iklan dengan mengenakan harga murah bukannya membiarkan mereka menampal sesuka hati hingga menimbulkan kesusahan pengguna.

“Tempat khas itu memberi peluang kepada mereka mengiklan dengan mudah bagi mengembangkan perniagaan tetapi perlu menyekat iklan along.

“Setiap iklan dikenakan bayaran murah yang dapat membantu meningkatkan perniagaan mereka terutama Bumiputera,” katanya. Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengkaji kembali sekiranya mahu membendung masalah itu yang dilihat tiada kesudahan serta menimbulkan kesulitan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iklanharamsakitkanmata/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment