Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

WSA mahu terokai negara ASEAN


Wan Mohamed Wan Embong (Kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjiian dengan Michael Coates pada majlis menandatangani memorandum persefahaman di kuala lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 20 Jun - Pengeluar alat ganti automotif dan perkakas bangunan, WSA Group (WSA) telah menjalin kerjasama dengan pengeluar perkakasan automotif dari Australia, INC Corporation (INC) untuk meluaskan perniagaannya ke beberapa negara ASEAN.

INC merupakan syarikat kejuruteraan bahan yang menumpukan kepada pembuatan produk akustik dan penebat aliran udara untuk sektor automotif.

Pengarah Urusan Kumpulan WSA, Datuk Dr. Wan Mohamed Wan Embong berkata, kerjasama itu merangkumi pemasaran dan peluasan pasaran produk tersebut kepada pengeluar peralatan asli (OEM) di negara ini khususnya syarikat-syarikat automotif.

"Selain itu kedua-dua pihak juga akan menimbang pelaksanaan komersial di mana INC memberi lesen kepada WSA untuk membolehkan produk dikeluarkan di kilang kami di sini,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis memeterai memorandum persefahaman antara kedua-dua syarikat di sini baru-baru ini.


 Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif INC, Michael Coates.
Wan Mohamed berkata, WSA kini membekalkan beberapa produk untuk kegunaan Proton dan Perodua dan berharap kerjasama dengan INC akan memberikan pendedahan berguna kepada syarikat dalam berkongsi keupayaan, teknologi dan kepakaran.

Antara produk yang dibekalkan untuk peralatan dalaman kereta seperti permaidani lantai, kemasan pintu, kemasan sisi pintu dan lain-lain.

INC dipilih kerana syarikat itu memiliki pengalaman luas dalam membekalkan produk-produk kepada pengeluar kereta berjenama dunia seperti Rolls Royce, BMW, Toyota, Ford, Holden dan lain-lain.
Selain itu, bahan-bahan yang dibangunkan oleh INC juga digunakan di peringkat global termasuk di Amerika Syarikat, China dan Jerman.

"Kerjasama ini diharap sekurang- kurangnya berakhir dengan pengeluaran produk itu di negara ini dan buat permulaan, kami akan meningkat keupayaan kilang bagi memulakan pengeluarannya dalam jangka masa terdekat," kata beliau.

Apa menarik tambah beliau teknologi INC adalah mesra alam sekitar kerana lebihan bahan pengeluaran boleh dikitar semula dan mampu mengeluarkan produk-produk lain yang berkualiti tinggi dan tahan lasak.
Sementara itu, Coates berkata, pembabitan INC dalam kerjasama ini merupakan tanda aras baharu selain rancangannya mengembangkan perniagaan di beberapa negara Asean lain.

Beliau mahu menembusi pasaran beberapa buah negara ASEAN melalui kerjasama WSA terutamanya negara yang memiliki kemudahan pengeluaran kereta seperti Thailand atau Indonesia.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment