Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Jangan jual kepada GLC



KUALA LUMPUR 20 Jun – Syarikat-syarikat bukan teras kepunyaan syarikat milik kerajaan (GLC) sepatutnya dijual kepada syarikat-syarikat bumiputera yang berdaya maju dan bukannya kepada kalangan GLC sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Seri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, syarikat bukan teras itu dilupuskan bertujuan untuk memberikan peluang kepada usahawan-usahawan Melayu yang profesional mengambil alihnya.

‘‘Kita mahu usahawan Melayu profesional menjalankan perniagaan itu,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas trend penjualan aset bukan teras oleh GLC yang kemudiannya dibeli pula oleh GLC yang lain.


Antaranya penjualan perniagaan Touch n Go oleh UEM Group Bhd. (UEM) kepada Kumpulan CIMB, pelupusan Pharmaniaga oleh UEM kepada Boustead Holdings Bhd.

Begitu juga dengan pelupusan BH Insurance Bhd. (BHI) kepada AXA Affin General Insurance Bhd, milik Affin Holdings Bhd.

Sebelum ini, Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) turut membayangkan hasratnya untuk membeli syarikat bukan teras milik GLC.

Beliau menambah, GLC sepatutnya telah memahami tujuan dan matlamat pelupusan aset bukan teras yang disarankan oleh kerajaan.

Berikutan itu, kata beliau, tidak timbul soal wujud kekeliruan berhubung perkara tersebut.
Utusan Malaysia difahamkan lebih banyak GLC bakal melupuskan perniagaan bukan teras mereka dalam usaha untuk menumpukan kepada perniagaan teras sedia ada.

GLC sebelum ini telahpun diingatkan supaya menumpukan kepada perniagaan teras mereka dan bukannya terlalu mempelbagaikan perniagaan yang sesetengahnya patut dilakukan oleh sektor swasta.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini menggesa GLC supaya membantu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk melahirkan usahawan yang meningkatkan ekonomi negara.

Beliau menambah, GLC mempunyai tahap permodalan yang baik dan seharusnya hanya menumpukan kepada perniagaan teras mereka sahaja.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment