Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

PENDAPATAN pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melonjak 70.3 peratus kepada RM5.55 bilion dalam tempoh suku pertama tahun ini daripada hanya RM3.26 bilion setahun lalu berikutan persekitaran ekonomi global yang semakin baik.

Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata peningkatan kukuh itu juga disebabkan keadaan pasaran saham yang lebih baik dalam persekitaran ekonomi negara yang semakin pulih daripada krisis ekonomi global.


“Meskipun keadaan pasaran sudah meningkat berbanding setahun lalu, ia masih lagi tidak stabil.

“Justeru, KWSP perlu sentiasa berhati-hati dalam pelaburannya terutama apabila ekonomi dunia dijangka pulih pada kadar yang tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azlan berkata, ekuiti masih lagi menjadi penyumbang utama kepada pendapatan pelaburan KWSP dalam suku pertama lalu, meraih sebanyak RM2.79 bilion berikutan kenaikan harga saham dan jumlah dagangan yang lebih tinggi.

Pinjaman dan bon pula, katanya menjadi penyumbang kedua terbesar dengan meraih pendapatan RM1.55 bilion.

Jumlah itu, bagaimanapun menurun 13.20 peratus berbanding RM1.78 bilion dalam suku pertama tahun lalu.

Azlan berkata, Sekuriti Kerajaan Malaysia pula menyumbang RM1.07 bilion, penurunan kecil 3.88 peratus berbanding RM1.11 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Instrumen pasaran wang dan hartanah pula, masing-masing menyumbang RM124.92 juta dan RM21.67 juta, meningkat 3.75 peratus dan 5.04 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, setakat 31 Mac lalu, KWSP mempunyai saiz dana keseluruhan berjumlah RM402.22 bilion.

Mengenai prospek prestasi pelaburan bagi seluruh tahun ini, Azlan berkata, pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 10.10 peratus pada suku pertama tahun ini adalah begitu menggalakkan bagi pelaburan KWSP.

“Bagaimanapun, suasana ekonomi masih sukar untuk diramalkan kerana ia belum stabil sepenuhnya, terutama dengan keadaan pasaran yang terus dipengaruhi situasi kredit dan prestasi ekonomi dunia yang membimbangkan,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendapatanpelaburanKWSPlonjakRM5_55bilion/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment