Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

PERBADANAN Pembangunan Industri Halal (HDC) akan memeterai dua perjanjian persefahaman (MoU) masing-masing berkaitan pemasaran dan penyelidikan produk halal dengan Kerajaan Iran dan Taylor College pada hari pertama Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Sedunia 2010 bermula Rabu ini.

Ketua Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata MoU pertama antara perbadanan itu dengan Taylors College adalah berkaitan penyelidikan yang akan membawa negara untuk melangkah buat pertama kalinya ke dalam industri halal yang berasaskan pengetahuan.

MoU kedua pula, katanya, akan dimeterai oleh HDC dengan Kerajaan Iran untuk menjalin kerja sama dalam bidang pemasaran produk halal bagi produk halal ke pasaran dunia.
“Perjanjian terbabit boleh memupuk perkembangan modal insan berlandaskan pengetahuan berikutan ia amat penting untuk pertumbuhan industri halal di Malaysia dan juga pada peringkat antarabangsa.

“Perjanjian dengan Kerajaan Iran itu pula dijangka akan meningkatkan keupayaan kami, yang mana kami akan membantu syarikat farmaseutikal Iran berkenaan dari segi pembungkusan dan pemasaran untuk meneroka pasaran halal yang lebih luas,” katanya pada taklimat di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Sedunia 2010 kali ketiga yang dianjurkan sempena Minggu Halal Malaysia itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sempena minggu itu, dua acara lain turut dianjurkan iaitu Forum Halal Sedunia 2010 anjuran Kaseh Dia Sdn Bhd dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2010 (MIHAS) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Jamil berkata, sempena sidang kemuncak itu juga, HDC akan menyampaikan Anugerah Sains Halal kepada individu yang memberi sumbangan cemerlang kepada industri halal.

“Selain itu, Anugerah Johan Halal juga akan diberikan kepada empat syarikat yang menunjukkan kejayaan di dalam perniagaan halal,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HDCmeteraiduaperjanjianpersefahamanindustrihalal/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment