Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Bersih dan cepat



mesin hirisan nanas mudah dikendalikan dan dibersihkan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan.



HIRISAN nanas segar memang diminati ramai. Permintaannya di pasaran terus meningkat.
Tetapi cabarannya ialah bagaimana untuk mengekalkan kesegaran nanas yang sudah dipotong itu di pasaran.
Untuk memenuhi citarasa pengguna ia mengekalkan ciri asal buah seperti rasa, bau dan tekstur.

Sejajar dengan permintaan yang meningkat, bukan sahaja kawasan penanaman perlu diperluaskan malah perlu teknologi memproses juga perlu bergerak seiring.

Operasi penyediaan yang berkesan dengan menggunakan peralatan sesuai diperlukan bagi mengawal kualiti dan keseragaman produk di peringkat komersial.


Terdapat beberapa mesin import yang boleh digunakan oleh industri ini. Tetapi harganya yang tinggi membuatkan ia tidak mampu dimiliki pengusaha industri kecil.

Untuk itu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan mesin bagi menyediakan hirisan nanas segar mengikut bentuk yang dikehendaki dengan hanya menukar blok aksesori yang sesuai.

Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi MARDI, Ab. Aziz Ibrahim berkata, blok berkenaan diperbuat dari bilah pisau yang berbentuk jajaran, belahan kek atau bentuk jejari mengikut kehendak pengusaha.

"Selain nanas, mesin ini boleh juga diguna untuk memotong buah lain seperti mangga, tembikai susu dan jambu batu.

"Bagi memudahkan usahawan terdapat dua bentuk potongan nanas segar iaitu bentuk juring dan separa bulatan," katanya.

Bentuk separa bulatan mudah dibungkus dan biasanya untuk edaran di pasar raya.
Mesin hirisan nanas ini dibangunkan berdasarkan dua sistem iaitu piring tapak dan penunjal
Piring tapak yang mengandungi enam set acuan bilah pisau berpusing mengikut keperluan.

Penunjal pula akan naik dan turun dengan kawalan sensor bagi operasi pemotongan buah.

Ab. Aziz berkata, buah dimasukkan ke ruang bilah pisau secara individu. Operasi pemotongan boleh dilakukan secara berterusan mengikut keperluan.

Buah yang dipotong akan jatuh secara graviti ke bekas takungan untuk operasi rawatan kimia dan penyah air rawatan dilakukan oleh 'spinner'.

Teknik operasi pembungkusan dilakukan mengikut kepentingan, iaitu mengikut jarak hantaran dan juga tempat untuk dipasarkan sama ada pasar raya atau kedai runcit.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment