Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KERAJAAN menyasarkan Malaysia kembali mencatatkan jumlah perdagangan melepasi paras RM1 trilion tahun ini sejajar dengan pertumbuhan kukuh eksport dan import dalam tempoh empat bulan pertama lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata, Malaysia mencatat pertumbuhan perdagangan yang kukuh dalam tempoh empat bulan lalu, berkembang pada kadar 30 peratus sejajar dengan pemulihan ekonomi global khususnya pertumbuhan pesat di rantau Asia.

Beliau menegaskan, jika kadar pertumbuhan itu dapat dikekalkan hingga ke akhir tahun, angka sasaran jumlah perdagangan melebihi RM1 trilion itu mampu direalisasikan.

“Jumlah perdagangan negara jatuh di bawah paras RM1 trilion, susut 16.6 peratus kepada RM988.2 bilion tahun lalu daripada RM1.2 trilion yang dicatat pada 2008.

“Keutamaan saya kini ialah mendapatkan kembali angka 2008 itu,” katanya sambil menambah kerajaan sudah merangka pelbagai rancangan bagi merancakkan aktiviti perdagangan termasuk mengarahkan MITI dan agensi di bawahnya, iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), untuk bekerjasama secara strategik meraih sekurang-kurangnya RM40 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan, sektor yang muncul penyumbang terbesar jumlah eksport negara tahun lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Laporan Miti 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Mustapa berkata, pihaknya juga akan memastikan MIDA mempercepatkan pelaksanaan projek yang diluluskan tahun lalu.

Mengenai pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), beliau berkata pengukuhan mata wang tempatan itu dijangka tidak akan memberikan impak ketara kepada sasaran jumlah perdagangan dan pelaburan.

Tahun lalu Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan RM988.2 bilion susut 16.6 peratus berbanding RM1.2 trilion tahun sebelumnya.

Eksport negara tahun lalu susut 16.6 peratus kepada RM553.3 bilion daripada RM663.5 bilion pada 2008.

Bagaimanapun, kata Mustapa sektor pembuatan kekal penyumbang terbesar eksport negara tahun lalu menyumbang RM411.4 bilion atau 74.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalaysiasasardaganganRM1trilion/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment