Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

PUTRAJAYA 22 Jun - Kadar tol di Lebuh Raya Laluan Kedua (Link Kedua) menghubungkan Johor dan Singapura akan diturunkan 30 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Keputusan itu diumumkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong selepas mesyuarat dua hala di sini hari ini. 


Menurut Najib, cadangan Malaysia agar kadar tol itu diturunkan 30 peratus telah dibalas oleh Singapura dengan nilai yang sama.

"Diharapkan dengan penurunan kadar tol itu menyaksikan penggunaan Link Kedua dengan lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama rakan sejawatnya itu selepas mesyuarat dua hala di sini hari ini. 

Sementara itu, Hsien Loong berkata, pengurangan kadar tol sebanyak 30 peratus itu merupakan satu berita gembira untuk rakyat kedua-dua negara.

"Ia berita baik buat rakyat Malaysia dan Singapura yang saling datang melawat. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia melawat Singapura dan begitu juga lebih ramai rakyat Singapura melawat Malaysia," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment