Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Mustapa Mohamad bersama timbalannya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan melihat Buku Laporan Tahunan MITI 2009 selepas majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Jun – Kerajaan bercadang menggubal Pelan Induk Pembangunan Usahawan (PIPU) dalam usaha menentukan dasar serta hala tuju strategik bagi tujuan pembangunan usahawan di Malaysia.

Pembangunan usahawan yang berteraskan kepada teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) itu bakal menjadi agenda utama bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam perniagaan Internet.

Program yang dirancangkan itu akan meningkatkan lagi keupayaan diri, daya tahan serta daya saing usahawan dalam mengekalkan penguasaan pasaran domestik mahupun antarabangsa.


Bagaimanapun program kerjasama antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional akan tetap diteruskan.

Usahawan Bumiputera akan mendapat banyak manfaat daripada program kerjasama tersebut dan kerajaan akan memantapkan lagi program-program sedia ada untuk memastikan ia relevan dengan keadaan serta situasi semasa.

Sementara itu, Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Dalam Sektor Pembuatan dijangka dilancar pada tahun ini untuk menyediakan hala tuju strategik kepada usahawan untuk merebut peluang yang terdapat dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Pelan itu dijangka dilancarkan pada tahun ini dengan mensasarkan beberapa peningkatan dalam sektor pembuatan sehingga tahun 2015.

Antara peningkatan tersebut merupakan peningkatan jumlah pengeksport Bumiputera kepada 1,000 syarikat, peningkatan jumlah pelaburan syarikat Bumiputera kepada RM25 bilion, mengintegrasikan 3,000 syarikat Bumiputera ke dalam rantaian nilai bekalan.

Selain itu ia turut menyasarkan 1,500 syarikat Bumiputera menggunakan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran induk.

Untuk memenuhi harapan pelanggan dan juga masyarakat umum dalam usaha melahirkan usahawan yang berdaya saing serta diiktiraf dunia, penjenamaan semula Institut Keusahawanan Negara (Insken) perlu dilakukan.

Hal ini perlu bagi memastikan program pemasaran serta promosi produk usahawan Bumiputera diberikan penekanan oleh kerajaan untuk membantu mewujudkan peluang perniagaan untuk mereka.

Sementara itu, menyedari potensi yang ada pada industri halal di Malaysia, kerajaan telah merangka program pembangunan usahawan dalam penghasilan produk halal supaya selaras dengan kemasukan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Langkah seperti ini menepati objektif kerajaan untuk membangunkan serta menjadikan syarikat tempatan sebagai pengeksport produk dan perkhidmatan halal di peringkat antarabangsa sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Global.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Labels: , ,

0 Responses so far.

Post a Comment