Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Semporna terus dipenuhi sampah


Sampah-sarap di Pulau Larapan berdekatan Semporna semakin tidak terurus dan ini turut membabitkan persekitaran perairan yang semakin kotor.


HARI bumi disambut Khamis lepas dengan pelbagai inisiatif dilakukan termasuklah komitmen Malaysia yang melancarkan kempen 'Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok'.

Melalui kempen ini, kerajaan mensasarkan akan menanam 26 juta pokok menjelang 2014 yang turut menggambarkan kapasiti penduduk Malaysia pada masa ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas ketika pelancaran kempen itu berkata, dianggarkan seluas 38,470 hektar kawasan hutan terosot, kawasan hutan yang telah dibalak, kawasan pesisiran pantai dan kawasan-kawasan bandar akan ditanam pokok melalui kempen itu menjelang 2014.


Bidai melihat ini merupakan satu usaha proaktif dalam menghijaukan bumi yang kini dilihat semakin 'menipis' dek kerana pembalakan haram dan penerokaan hutan secara berleluasa.

Namun Bidai merasakan, kita sebagai penduduk Malaysia dan jika merasakan diri kita seorang yang prihatin, tak perlulah menunggu sehingga Hari Bumi diadakan setiap tahun untuk mula menghijaukan bumi.
Kita sepatutnya sudah boleh memulakan sendiri setiap hari dengan menanam pelbagai jenis pokok di sekitar kawan perumahan.

Mungkin ada yang mengatakan mereka menetap di kondominium atau flat yang tidak mempunyai tanah untuk membolehkan mereka menanam pokok.

Bagi Bidai itu merupakan satu alasan remeh yang boleh diselesaikan dengan satu fikiran yang positif.
Bukan apa, pada Bidai, kita tidak perlu hanya mahu menanam pokok yang besar sahaja, namun adalah memadai jika kita menanam pokok-pokok kecil di sekeliling rumah dan lebih baik pokok-pokok yang boleh kita tuai hasilnya.

Ini termasuk pandan, kari, limau, lada dan lain-lain pokok yang benihnya boleh dibeli secara mudah di mana-mana pasar raya. Tak perlu nak menanam pokok besar kerana fungsinya tetap sama.

Jadi tidak ada tanah bukan lagi satu alasan untuk sesiapa tidak menanam pokok selepas ini dan kalau boleh Bidai berharap, janganlah hasrat menanam pokok dilakukan setahun sekali ketika tibanya Hari Bumi setiap 22 April.

Apa pun, Bidai nak tabik kepada kerajaan kerana meneruskan aktiviti menanam pokok dalam menghijaukan negara ini. Untuk rekod, kempen ini dijalankan di seluruh Malaysia serentak.

Dalam pada itu, Bidai juga nak angkat topi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terus merancakkan pembangunan teknologi hijau semasa lawatan beliau ke Washington dan Tokyo baru-baru ini.
Di sana beliau turut membuka peluang kepada firma kedua-dua negara untuk melabur dalam aspek teknologi hijau terutama teknologi hijau yang boleh diperbaharui.
Bidai melihat ini sebagai langkah berterusan bagi membolehkan negara membangun dengan meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang sememangnya dapat menyelamatkan alam sekitar.
Namun, dalam kepesatan dan promosi berterusan yang dijalankan oleh kerajaan, Bidai agak runsing dengan keadaan yang sedang berlaku di Semporna Sabah.

Bagi Bidai yang pernah ke sana dan rungutan daripada seorang rakan Bidai yang baru-baru ini ke Pulau Mabul, pintu masuk ke Pulau Sipadan, keadaan di Semporna amat memalukan.

Dilihat dari udara (gambar kecil), Semporna merupakan bandar dengan pemandangan laut yang amat cantik dan bagi pelancong yang sanggup mengembara tidak kurang daripada 15 jam untuk ke Pulau Sipadan, keindahan itu amat dinanti-nantikan.

Namun selepas tiba di Semporna dan menaiki bot untuk ke Pulau Mabul atau mana-mana pulau yang berdekatan, keadaan sebaliknya berlaku.

Sampah sarap , kotor dan bau yang meloyakan menyambut ketibaan pelancong tersebut.
Amat memalukan dan keadaan ini berlaku sepanjang perjalanan mereka dari Semporna ke Pulau Mabul.
Rakan Bidai mengatakan, botnya terpaksa berhenti beberapa kali ekoran sampah yang melekat pada kipas bot dan ini satu yang memalukan.

Sipadan dan Mabul satu nama besar dalam komuniti selam skuba antarabangsa dan ramai yang memperkatakan mengenai keindahan dan keunikan yang ada di situ, malah Semporna juga menjadi antara tajuk perbualan mereka mengenai kepelbagaian spesies marin yang unik.

Jadi Bidai yang rasanya sudah dua kali mengutarakan perkara ini berharap, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal meninjau-ninjau apa yang sedang berlaku di situ.

Kalau pendekatan biasa tidak mampu dilaksana, pendekatan memujuk ketua kampung, penduduk kampung dan juga generasi muda perlu dilakukan dan ia perlu dilakukan setiap masa dan bukan hanya pada satu dua program sahaja.

Minggu ini Regata Lepa-Lepa akan berlangsung dan pastinya ramai pelancong asing akan di Semporna, dan tidakkah kita malu jika mereka akan menutup hidung sambil menyaksikan keindahan dan kemeriahan Regata Lepa-Lepa.

Buatlah sesuatu agar Semporna tidak hanya dibual mengenai keunikan alam marin sahaja tetapi lebih kepada keindahan dan kebersihan bandar pintu masuk Pulau Sipadan itu.

Sumber: 

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment