Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kerajaan akan meneruskan usaha untuk mempertingkatkan persekitaran atau iklim perniagaan dalam negara bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih.

Antara langkah strategik yang diambil bagi mewujudkan suasana perniagaan yang lebih dinamik ialah memperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) bagi melonjakkan Malaysia supaya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan didukung industri pembuatan berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi. 


Selain itu, penyelarasan yang lebih baik dan mempercepatkan proses kelulusan bagi memudahkan sektor swasta melaksanakan projek.

Langkah seterusnya ialah meningkatkan kemudahan prasarana termasuk memperluaskan liputan rangkaian jalur lebar untuk menarik pelaburan berintensifkan pengetahuan. 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), akan berusaha untuk mencapai sasaran-sasaran pelaburan Pelan Induk Perindustrian (IMP3), bagi 2010 dengan pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan berjumlah RM27.5 bilion.

Pelaburan dalam sektor perkhidmatan berjumlah RM45.8 bilion.
Sepanjang 2009, pelbagai langkah diperkenalkan kerajaan dalam usaha menggalakkan pelaburan, mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui pakej rangsangan kedua.

Dalam pakej rangsangan tersebut beberapa langkah baru diumumkan antaranya, penubuhan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri berjumlah RM5 bilion, penubuhan Dana Fasilitasi berjumlah RM2 bilion dan peruntukkan RM700 juta untuk menyediakan peluang latihan dan penempatan 100,000 pekerja.
Turut diumumkan ialah RM200 juta untuk geran di bawah Dana Pembangunan Automotif, pengecualian pembayaran levi kepada Dana Pembangunan Sumber Manusia untuk tempoh enam bulan bagi industri tekstil, elektronik dan elektrik berkuatkuasa 1 Februari 2009 dan pengurangan bayaran levi dari satu peratus kepada 0.5 peratus berkuatkuasa 1 April 2009. 

Dalam Bajet 2010 yang diumumkan pula, kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif dan langkah baru termasuk pengecualian cukai lima tahun bagi membangunkan hospital baru, pembesaran, pemodenan dan pengubahsuaian hospital sedia ada.

Selain itu, potongan cukai dua kali ganda bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh hospital swasta bagi mendapatkan akreditasi yang diiktiraf di peringkat tempatan atau antarabangsa dan potongan cukai sekali ganda bagi pendaftaran paten dan cap dagangan. 

Turut diumumkan ialah kelulusan projek berisiko tinggi yang sebelum ini dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Mengenai Pelaburan (JKMP) telah dipindahkan kepada Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri mulai April 2009.

Sehingga Disember 2009, 34 projek bernilai RM152.9 bilion telah diluluskan .
Manakala pelaburan dalam sektor pembuatan pula menyaksikan 766 projek pembuatan diluluskan melibatkan nilai sebanyak RM32.6 bilion pada tahun lalu berbanding RM62.8 bilion pada tahun 2008.
Pelaburan asing mewakili 67.8 peratus (RM22.1 bilion) daripada keseluruhan pelaburan manakala pelaburan domestik sebanyak 32.2 peratus (RM10.5 bilion).

Pelaburan dalam projek baharu bertumpu dalam industri kimia dan produk kimia (RM7.4 bilion), galian bukan logam (RM5.6 bilion), elektrik dan elektronik (RM1.6 bilion), produk petroleum termasuk petrokimia (RM1.2 bilion) dan fabrikasi logam (RM996 juta). 

Kerajaan akan memastikan supaya suasana pelaburan kekal kondusif dan berdaya saing terutamanya dari segi sistem penyampaian , kos pengendalian perniagaan, peruntukkan insentif bagi cukai, memperbaiki infrastruktur dan mewujudkan tenaga mahir dan berpengetahuan.

Usaha lain akan ditingkatkan bagi mensasar dan mempromosikan pelaburan dalam industri dengan kelebihan persaingan serta sektor baru yang dikenal pasti seperti aeroangkasa, bioteknologi, farmaseutikal dan peralatan perubatan.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment