Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

SEMENTARA tumpuan peserta pasaran beralih kepada pusingan pertama Piala Dunia Fifa awal minggu lalu, pembeli kembali memilih saham mewah terpilih didorong pemulihan kukuh pasaran dalaman diterajui kenaikan Wall Street dengan Indeks Dow Jones melonjak tinggi ke atas paras 10,000 mata.

Penanda aras 30 saham mewah Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) pulih 23.02 mata, atau 1.78 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,317.69, dengan keuntungan dicatat dalam Tenaga (+47 sen), Genting Bhd (+30 sen), Sime Darby (+18 sen) dan Maybank (+9 sen) mewakili separuh kenaikan indeks minggu lalu.

Jumlah purata dagangan harian mengecut kepada terendah enam bulan 546.2 juta saham bernilai RM897.3 juta, pergerakan paling perlahan sejak minggu perayaan Krismas tahun lalu, berbanding 575.6 juta saham bernilai RM798 juta minggu sebelumnya.

Prestasi FBM KLCI dipengaruhi sebahagian besarnya oleh aliran berita luaran dengan perkembangan di zon Euro, Amerika Syarikat (AS) dan China terus menunjukkan corak dagangan tidak menentu.

Minggu lalu, penanda aras tempatan meraih manfaat daripada sentimen positif susulan permintaan tinggi bagi bon 30-tahun Sepanyol dan kejayaannya dalam menjana 3.5 bilion euro.

Minggu ini, dengan ketiadaan penunjuk domestik, keputusan China Sabtu lalu untuk membenarkan yuan supaya lebih anjal berkemungkinan memberikan impak positif ke atas ringgit dan pasaran saham.

Hakikat kenaikan inflasi pada Mei pada kadar terpantas dalam setahun sebanyak 1.6 peratus, sekali gus mengesahkan pendapat kenaikan kadar faedah ke paras wajar akan berterusan dan menyokong ringgit yang lebih kukuh.
Penanda stokastik harian perlahan bagi FBM KLCI mencadangkan isyarat beli pada paras sedikit di bawah paras terlebih beli.

Ini mencadangkan potensi kenaikan lanjut dalam tempoh terdekat dan mengukuhkan penanda mingguan bulis.

Indeks Pengukuhan Relatif (RSI) 14-hari mencatat bacaan yang lebih bulis pada 60.35, disokong kenaikan RSI 14-minggu pada bacaan 57.32 setakat Jumaat lalu.

Aliran MACD bertambah baik dengan isyarat bergerak ke paras sifar, sementara isyarat MACD mingguan mendatar, menandakan berkurangnya momentum bearis.

Sebagai kesimpulan, isyarat belian baru pada petunjuk stokastik harian perlahan penanda DMI dan isyarat MACD mingguan mencadangkan potensi kenaikan dan melegakan momentum menurun bagi FBM KLCI.

Sehubungan itu, kemungkinan keuntungan lanjut minggu ini adalah besar.

Bagaimanapun, aktiviti pengambilan untung adalah dijangka dan rintangan jualan awal disasar pada 1,325, mewakili 76.4 peratus petunjuk Fibonacci (FR) daripada tertinggi 1,349 pada 4 Mei kepada 1,243 pada 27 Mei, dengan rintangan lebih ketara dilihat pada 1,340 dan 1,349.

Paras sokongan semasa dinaikkan kepada 1,303, iaitu purata pergerakan 100-hari, dengan sokongan lebih baik dilihat pada 1,297, iaitu 50 peratus FR, kemudian pada 38.2 peratus FR pada 1,284.

Sokongan kenaikan penting ialah pada 200-hari yang naik kepada 1,277 mata.

Sebagai strategi, pelabur membeli semasa tempoh perlahan sejak dua minggu lalu dinasihatkan menimbang mengambil keuntungan atau memasuki rali menjual saham mewah seperti AFG, Genting Bhd, Genting Malaysia, Sime Darby dan Tenaga, berdasarkan aspek momentum teknikal ia terlebih beli.

Saham murah dijangka menyaksikan kerancakan aktiviti pengambilan untung dan peluang jualan dilihat pada saham seperti Latexx Partners, 3A Resources, Jaks Resources dan Leader Universal.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BursaMingguan_FBMKLCIujiparas1_340mata/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment