info harian
"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .
KUALA TERENGGANU 20 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan  4 Julai ini bagi memutuskan sama ada wujud kes prima facie  tuntutan palsu kepada kerajaan negeri mengenai pembekalan kotak gear  Proton Perdana V6 Executive oleh pemilik bengkel kereta, Tor Kok Siong.
Hakim M. Bakri Abd. Majid membuat keputusan tersebut selepas  mendengar hujah pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Feriza Hamzah dan peguam  bela tertuduh, Karpal Singh.
Mengikut dakwaan, Kok Siong, 52, yang merupakan pemilik bengkel  kereta di Jalan Bukit Kecil di sini dituduh memberikan invois CI No.  77456 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto  Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor  pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha  Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007.
Dia juga dituduh menyerahkan invois CI No. 78528 mengandungi butir  palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 MD 9739975  berjumlah RM18,057.68 bagi Perdana V6 TT 3 kepada Pegawai Tadbir Pejabat  SUK, A. Rahim Jusoh pada Jun lalu.
Bagi tuduhan ketiga, Kok Siong dituduh menyerahkan invois CI No.  75548 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto  Transmission V6 NOKP4A23-UPP3VO9608 berjumlah RM18,057.69 bagi Perdana  V6 TT 7 kepada pegawai sama pada November 2006.
Dia turut dituduh menyerahkan invois CI 75982 mengandungi butir palsu  mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 berjumlah  RM18,057.68 bagi kereta Perdana V6 TAG 8778 kepada Penolong SUK  (Am/Kew), Zulkifly Isa pada November 2006.
April lalu, seorang pemilik bengkel kereta dilepas dan dibebaskan  daripada tuduhan memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan  kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu itu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Khalid Abd Karim membuat keputusan  tersebut terhadap Choong Yuen Sang, 49, selepas mendapati pihak  pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut.
Pemilik bengkel di Chendering dekat sini itu didakwa memberi invois  mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan satu set kotak gear  transmisi automatik V6 bernilai RM19,119.91 untuk kereta bernombor  pendaftaran TAK 415.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm 
Labels:
berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





 
 Posts
Posts
 
 

 
 
 
 
0 Responses so far.
Post a Comment