Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR - Lebih 47,500 pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah mendapat wang pendahuluan pinjaman RM1,500 untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bulan depan diminta berjimat bagi mengelak masalah tidak dapat menjelaskan yuran pengajian kelak.


Wang pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu telah disalurkan kepada lulusan SPM yang mendapat tawaran ke IPTA sejak 8 Jun lalu dengan nilai peruntukan RM71 juta.

Bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, seramai 31,000 orang akan menerima pendahuluan pinjaman berjumlah RM47.5 juta dalam masa terdekat.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment