Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

BUAH nanas memang popular. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Sebab itu ia merupakan buah-buahan tropika ketiga terpenting di pasaran antarabangsa.

Nanas lebih sedap di makan dalam keadaan segar. Isinya yang baru dikupas dan dipotong cukup enak dimakan terutama sebagai makanan pencuci mulut.

Tetapi, jika telah dikupas dan dipotong, kesegarannya sukar untuk dikekalkan. Kalau sudah dipotong, biasanya ia perlu dihabiskan.


Jika disimpan walaupun dalam peti sejuk, kesegarannya akan hilang.

Hirisan nanas akan mudah rosak, lebam, berair, berubah rasa dan warna. Ini semua akibat kesan tindakbalas enzim pemeraman apabila disimpan pada suhu persekitaran.

Ini antara dilema yang dihadapi oleh pengusaha nanas kerana mereka sukar untuk membekalkannya dalam keadaan yang masih segar kecuali jika masih berkulit.

Sebab itu, kebanyakan nanas yang dieksport kebanyakannya ditinkan. Di mana ia diawet membabitkan penggunaan bahan kimia. Ia tidak lagi segar.

Tetapi hasil penyelidikan berterusan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), masalah itu telah dapat diatasi.

Melalui teknologi yang dipanggil pemprosesan minimum, nanas yang telah dihiris masih boleh kekal segar untuk tempoh dua minggu.

Proses minimum bermakna nanas dikupas, dipotong dan terus dijual sama ada dalam negara atau di eksport tanpa diawet dengan sebarang bahan kimia.

Ia merupakan hirisan yang boleh dimakan terus seperti mana potongan nanas yang dijual oleh penjaja di tepi-tepi jalan.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI, Latifah Mohd Nor berkata, nanas yang diproses secara minimum mengekalkan ciri asal buah tersebut dari segi warna, bau dan rasa.

"Menerusi teknologi pemprosesan secara minimum ini, nanas boleh disimpan selama dua minggu pada suhu dua darjah Celsius, satu minggu pada suhu 10 darjah Celsius dan dua hari pada 25 darjah Celsius," katanya.
Kelebihan nanas yang diproses berbanding buah yang masih berkulit ialah ia boleh dijual dalam kuantiti yang banyak.

Jadi agihan pasarannya lebih luas berbanding dijual secara terus dari ladang.

"Melalui kaedah yang sesuai hirisan nanas boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dan agihan pasaran meluas dapat dirancang bagi pasar raya tempatan serta eksport," katanya.

Teknologi berkenaan telah diuji apabila produk yang dihasilkan telah di eksport melalui udara ke Belanda dan menggunakan kontena sejuk ke Singapura.

Setakat ini kualiti produk didapati masih segar walaupun berada seminggu di premis jualan.
Nanas yang digunakan bagi pemprosesan minimum ini dipilih mengikut kematangan yang ditetapkan bagi kombinasi rasa selain ketahanan semasa menyimpan.

Penyediaan nanas melalui kaedah ini melibatkan beberapa langkah. Ia bagi memastikan produk akhir berkualiti, mempunyai ketahanan dan selamat dimakan.

Pemilihan bermula di peringkat ladang. Buah yang rosak tidak sesuai diproses secara minimum.
Latifah menambah, untuk kaedah ini, bekas polipropilena serta kotak penebat yang dilapisi bekuan terma sesuai bagi pembungkusan pukal semasa penyimpanan, pengangkutan dan jualan.

"Bagaimanapun nanas yang diproses secara minimum mudah rosak akibat serangan bakteria, kulat atau yis.
"Pengendalian yang tidak cermat dan tidak bersih semasa proses penyediaan seperti membuang kulit dan memotong boleh menyebabkan pencemaran bakteria berbahaya seperti Salmonella, Escherichia coli dan Vibrio cholera.

Keadaan itu katanya, akan menjejaskan ketahanan produk terbabit.

Sumber:  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment