Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

USAHAWAN Bumiputera digalak merebut peluang perniagaan yang masih terbuka di Kelantan terutama dalam bidang pelancongan kerana negeri itu terkenal dengan kemudahan hospitaliti yang tinggi.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Nik Zainiah Nik Abdul Rahman, berkata peluang itu perlu direbut terutama oleh anggota Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Baru Malaysia (Perdasma) di negeri ini sebelum dimonopoli pihak lain.

“Banyak peluang boleh diterokai pengusaha di negeri ini jika mereka tahu menilai keberhasilan masa hadapan berdasarkan alam semula jadi terutama dalam bidang pelancongan,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Program Pendedahan Peluang Perniagaan dalam Sektor Perkhidmatan (Hospitaliti dan Pelancongan) di Kota Bharu, semalam.


Beliau bagaimanapun, kagum semangat dan minat wanita negeri ini yang ramai menyertai bidang keusahawanan yang rata-rata mendapat bantuan daripada agensi di bawah Miti.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu kerajaan negeri mempolitikkan peluang perniagaan yang mampu diceburi Bumiputera dengan mengenakan sekatan kerenah birokrasi yang boleh membantut minat mereka untuk bergerak lebih aktif ke arah itu.

Beliau juga mengingatkan anggota persatuan itu supaya mewujudkan jaringan dalam menjalankan kegiatan mereka kerana ini akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan atau produktiviti mereka.

“Ini kerana penggunaan ilmu teknologi moden seperti Komunikasi Teknologi dan Maklumat (ICT) bukan saja dapat menjimatkan masa dan kos, tapi memberi kelancaran dalam urus niaga dan persaingan di peringkat pasaran,” katanya. — Bernama 

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PeluangbisnesdiKelantan/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment