Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

SALAH satu bidang kerjaya kian mendapat permintaan tinggi majikan sama ada kerajaan atau swasta ialah doktor mata atau optometri.

Sumbangan kerjaya ini setara dengan doktor perubatan, menjadikannya kerjaya berprestij di mata masyarakat.
Perkataan optometri berasal dari Greek iaitu optos bermaksud mata dan metria iaitu pendekatan. Perkataan doktor mata dipopularkan Edmund Landolt pada 1886 yang bermaksud pemakaian gelas mata.

Sekolah perubatan mata pertama ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1850 dan penggunaan kanta mata pada 1940-an.


Terdapat empat frasa pendidikan dalam jurusan ini, iaitu: 1. Sains penglihatan meliputi perubatan, mikrobiologi, neuorology dan psikologi.

2. Optik iaitu bantuan optikal.

3. Peralatan optikal seperti teknik pengimejan 4. Penjagaan mata profesional Jurusan ini bukan saja membantu masyarakat yang mempunyai masalah mata berbentuk fizikal tapi aspek lain seperti pembedahan sama ada menggunakan laser atau standard.

Doktor mata berperanan mendidik masyarakat kepentingan mata.

Pelajar yang mengikuti jurusan ini perlu mempunyai kelayakan kukuh dalam sains, matematik dan bahasa Inggeris.

Ia memenuhi syarat yang ditetapkan Malaysia Optical Council (MOC) manakala mereka yang berkecimpung dalam kerjaya ini perlu sentiasa mengikuti pelbagai kursus dan pengajian bagi meningkatkan kapasiti pengalaman.

Selaras dengan permintaan tinggi dan masa depan cerah kerjaya ini, banyak institusi pengajian tinggi sama ada tempatan atau swasta menawarkan program optometri.

Management & Science University (MSU) sebuah institusi berkaliber yang mendapat pengiktirafan antarabangsa turut menawarkan program ini di peringkat ijazah sarjana muda selama empat tahun.

Kelayakan asas ialah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau diploma diiktiraf.

Selama tempoh pengajian mereka akan didedahkan dengan suasana pembelajaran secara amali dan teori bagi membantu mereka mengaplikasi ilmu dengan lebih berkesan.

Dengan kemudahan prasarana lengkap, pelajar bukan saja belajar dalam suasana kondusif tapi merasai suasana sebenar dunia kerjaya dengan kerjasama industri.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Kaunseling & Komunikasi di talian 03-55106868, SMS dengan menaip MSUINFOnama dan e-mel kepada 019-3419152/016-356 8251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/OptometriMSUmenjaminkerjaya/Article

0 Responses so far.

Post a Comment