Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUCHING: Malang tidak berbau. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat soal keselamatan anak mereka boleh membawa padah.

Ini jelas berlaku di Tambak Sungai Sarawak Kiri, Kampung Batu Kitang di sini, apabila penduduk membiarkan anak mereka bermain di tambak berkenaan tanpa kawalan.

Mungkin bagi mereka tempat itu tidak berbahaya dan menganggap anak mereka pandai berenang, namun janganlah apabila berlaku kemalangan, pihak berkuasa atau pengurusan tambak berkenaan pula dipersalahkan.


Tinjauan mendapati, tambak merentangi Sungai Sarawak Kiri itu yang dibina kira-kira enam tahun lalu dikelilingi pagar dan tanda amaran jelas kelihatan memaklumkan orang ramai dilarang memasuki kawasan berkenaan.

Namun, pagar dan tanda amaran seolah-olah sekadar hiasan kerana ia tidak mampu menghalang kehadiran orang ramai terutamanya kanak-kanak untuk menjadikan tambak yang dikendalikan Lembaga Air Kuching (LAK) itu sebagai tempat berseronok.

Malah, ketika tinjauan, Berita Harian mendapati kanak-kanak seawal usia enam tahun yang pastinya tidak pandai berenang turut bermain di tambak berkenaan.

Ibu bapa harus memikirkan sesuatu yang buruk boleh menimpa kanak-kanak sekecil itu jika dia tergelincir di laluan air deras di tambak berkenaan.
Salah seorang kanak-kanak yang hanya mahu dikenali sebagai Hafis, 12, mengakui kawasan larangan itu sebenarnya amat mudah diceroboh kerana pagarnya rendah dan ada kalanya pintu pagar utama tidak berkunci.

Kami bermain di sini hampir setiap hari. Tidak ada pula sesiapa melarang kami lagipun tempat ini tidak bahaya, katanya selamba.

Namun, jangan disangka tambak itu tidak berbahaya kerana tinjauan mendapati ada satu kawasan air deras di tambak berkenaan yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak.

Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak mereka bermain di kawasan larangan itu dan pihak pengurusan tambak pula perlu lebih tegas, kerana kita tidak mahu masing-masing saling menuding jari apabila berlaku tragedi, ibarat kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sabah_Sarawak_Takpeduliamaran/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment