Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUANTAN: Cekik darah. Itulah gambaran tambang teksi yang dikenakan kepada penumpang di sekitar bandar ini sehingga membebankan orang ramai. Walaupun jarak perjalanan hanya kira-kira enam kilometer dalam keadaan jalan lengang, penumpang terpaksa membayar kadar ditetapkan iaitu RM20 dan mereka tiada pilihan berikutan sukar mendapat perkhidmatan bas.

Berikutan itu, kerajaan negeri diminta mempercepatkan pelaksanaan penggunaan teksi bermeter dan penggunaan gas asli kenderaan (NGV) bagi menggantikan petrol dalam usaha menyelesaikan kemelut tambang yang semakin tinggi itu.

Selain itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pahang, Jefri Jaafar Tukemin, berkata penggunaan NGV dapat mengurangkan kos operasi pengusaha teksi yang berdepan dengan kenaikan kos penyelenggaraan kenderaan.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Teksicekikdarah/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment