Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Aktivisantiglobalisasi_serang_sidangG20/pix_gal1PENDUDUK Toronto berjalan melalui asap kenderaan terbakar ketika kota itu dilanda rusuhan antiglobalisasi.

Kereta polis kena bakar, tingkap kedai dipecah

DHAKA: Bangladesh dijangka rugi AS$250 juta (RM750 juta) kerana protes pembangkang yang memaksa polis bersenjatakan belantan, menahan sekurang-kurangnya 200 penunjuk perasaan di ibu kota selepas Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) pimpinan bekas Perdana Menteri Khaleda Zia, melancarkan bantahan dan mogok di seluruh negara.

Mogok itu turut disertai oleh sekutu BNP Jamaat-e-Islami melumpuhkan pengangkutan awam selain memaksa kebanyakan perniagaan ditutup di seluruh negara.


Stesen televisyen ATN Bangla melaporkan, aktivis sayap pelajar parti pemerintah Liga Awami bertempur dengan penyokong BNP dekat sebuah universiti di ibu negara Bangladesh itu menyebabkan beberapa orang cedera.

Saksi berkata, pihak berkuasa mengerah 10,000 anggota pasukan keselamatan ke seluruh Dhaka, manakala sekolah dan perniagaan ditutup. Seorang penasihat Zia adalah antara yang ditahan.

Zia menggesa rakyat Bangladesh melancarkan mogok selepas menuduh Liga Awami menyalahgunakan kuasa.

Beliau mengecam kerajaan yang didakwa gagal mengawal kenaikan harga barang dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang selain menuduhnya menindas pembangkang.
Mogok yang dilancarkan juga bertujuan membantah persetujuan yang ditandatangani pentadbiran Perdana Menteri Sheikh Hasina dengan India.

Zia menuduh perjanjian itu turut membenarkan India menggunakan pelabuhan Bangladesh dan mengimport sumber tenaga hingga mengabaikan kepentingan rakyat.

Di Chittagong, bandar kedua terbesar Bangladesh. pengangkutan barangan dari pelabuhan utama utama negara itu turut terjejas.

Mogok semalam adalah yang pertama dilakukan sebuah parti politik sejak tiga setengah tahun lau. Negara itu ditadbir kerajaan sementara selama dua tahun dengan sokongan tentera.

Bangladesh kembali kepada demokrasi selepas Hasina dan parti gabungannya menang besar dalam pilihan raya 2008. Zia memerintah sehingga Oktober 2006. – AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Aktivisantiglobalisasi_serang_sidangG20/Article

Labels: , ,

0 Responses so far.

Post a Comment